Thursday, 20 December 2012

Perdagangan Tingkatan 4 : Bab 1: Asas Kepada Perdagangan


BAB 1 : ASAS KEPADA PERDAGANGAN

PERBEZAAN KEPERLUAN DAN KEHENDAK

KEPERLUAN
Mesti dipenuhi untuk terus hidup
Untuk hidup dengan lebih selesa
Sama untuk semua orang
Tuntutan semulajadi
Mudah dipuaskan
Mengikut peringkat -Maslow

KEHENDAK
Makanan,Pakaian, Rumah
Kereta, tilam,TV
Berbeza ikut taraf hidup
Dari pengalaman
Tidak terhad
Tiada keutamaan


KEPERLUAN MENGIKUT HIERARKI MASLOW
Boleh dibahagi kepada 3 peringkat:                                                                                
                                           
(a) Keperluan Fisiologi
Pada tahap ini manusia ada 2 keperluan
Keperluan Asas – udara, makan,minum,tidur, rehat,kesihatan
Keperluan Keselamatan – perlindungan –pakaian, tempat tinggal

(b) Keperluan Sosial
Ada 2 keperluan pada tahap ini.
Keperluan Kasih Sayang – persahabatan, keluarga
Keperluan Penghargaan – pujian dan sanjungan

(c) Keperluan Rohani
Tahap paling tinggi – agama, capai cita-cita
Juga dipanggil sempurna kendiri

PENGELUARAN
Pengeluaran
- aktiviti menghasilkn barangan untuk memenuhi keperluan dan kehendak
- proses mencipta nilai faedah

NILAI FAEDAH
a. Nilai Faedah Bentuk - Megubah bentuk kepada sesuatu yang lebih berguna
b. Nilai Faedah Masa - Menyimpan barang hingga diperlukan
c. Nilai Faedah Milikan - Tukar milik kepada yang lebih memerlukan
d. Nilai Faedah Tempat - Pindah barang ke tempat yang mempunyai permintaan

JENIS PENGELUARAN
a. Pengeluaran Langsung – sara diri
b. Pengeluaran tak langsung  - perlu bantuan pihak lain

CABANG PENGELUARAN
a. Perusahaan – Ekstraktif, Perkilangan, Pembinaan
b. Perdagangan
c. Khidmat Langsung

FAKTOR PENGELUARAN
a. Tanah – bahan mentah/galian/hasil hutan
b. Buruh – usaha manusia  secara fizikal/mental
c. Usahawan – menggabungjalin faktor pengeluaran
d. Modal – Harta benda,sumber kewangan

USAHAWAN
Usahawan – individu yang menggabungkan 4 faktor pengeluaran bagi megeluarkan barangan.

CIRI USAHAWAN:
1.    Kreatif – berupaya mencipta
2.    Inovatif – boleh mengubah suai
3.    Berani menghadapi risiko
4.    Berkebolehan mengurus
5.    Rajin
6.    Yakin
7.    Berjimat
8.    Tabah
9.    Berusaha
10. Bertanggung jawab
11. Berpandangan jauh
12. Bijak merebut peluang
13. Membuat keputusan yang bijak

PERANAN USAHAWAN
1.    Memenuhi keperluan dan kehendak mesyarakat dengan  mencipta barang baru
2.    Mewujudkan peluang pekerjaan
3.    Meningkatkan taraf hidup
4.    Mempelbagaikan kegiatan ekonomi
5.    Menggerakkan pertumbuhan ekonomi
6.    Menggalakkan pertukaran wang asing

BEZA PENIAGA DAN USAHAWAN
(a) PENIAGA
1. Menjalankan aktiviti jual beli sahaja
2. Matlamat untuk untung sahaja
3. Memenuhi keperluan pelanggan setempat sahaja
(b) USAHAWAN
1. Melipiti penciptaan dan pengubahsuaian barang
2. Sebahagian untung disalur kepada masyarakat
3. Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat dan pasaran yang lebih luas.
                                                                                   
SISTEM BARTER
a. Aktiviti barang tukar dengan barang
b. Tidak gunakan wang atau orang tengah

SYARAT SISTEM BARTER
a. Kemahuan serentak
b. Ada lebihan barang

MASALAH SISTEM BARTER
a. Sukar mendapatkan kemahuan serentak
b. Sukar tetapkan nilai barang
c. Sukar tetapkan kadar pertukaran
d. Sukar membahagi barang – contohnya barang hidup
e. Barang tidak tahan lama
f. Sukar mengangkut barang- jika saiz besar/banyak

MAKSUD PENGKHUSUSAN
1. Melakukan kerja ikut kemahiran/kebolehan
2. Bagi memenuhi keperluan dan kehendak

JENIS PENGKHUSUSAN
1. Pengkhususan mengikut profesion
2. Kerja berdasarkan pengetahuan – cth: Guru,doktor,polis dll

Pengkhususan mengikut proses
Pembahagian kerja dikilang
Pengeluaran dibahagi kepada beberapa proses
Cth: pasang pintu, pasang kusyen, sembur cat dll

Pengkhususan mengikut kawasan
Perbezaan jenis pengeluaran mengikut kawasan dalam negara
Cth: Pontian – Nanas, Kedah – padi , P.Pinang – Kilang

Pengkhususan antarabangsa
Perbezaan pengeluaran antara   negara
Cth: Brunei- minyak, Jepun – barang elektronik

KELEBIHAN PENGKHUSUSAN

1. Meningkatkan pengeluaran
2. Menggalakkan pengeluaran besar-besaran/menikmati ekonomi bidangan
3. Meningkatkan kualiti
4. Mengurangkan kos buruh dan kos seunit barang
5. Jimat masa dan tenaga kerana guna mesin
6. Meningkatkan kemahiran
7. Boleh menumpu pada bidang yan ada kebolehan
8. Meningkatkan peluang pekerjaan

KEKURANGAN PENGKHUSUSAN
1. Pekerja mudah bosan
2. Hanya mahir dalam satu proses pengeluaran
3. Tidak kreatif
4. Susah berpindah ke pekerjaan lain
5. Kos beli mesin mahal
6. Saling bergantungan satu proses dengan yang lain
7. Boleh tergendala jika satu proses terhenti
8. Kos latih pekerja mahal
9. Penggangguran naik kerana banyak guna mesin

9 comments:

  1. good nice notes really helpful andeasy read

    ReplyDelete
  2. good nice notes really helpful andeasy read

    ReplyDelete
  3. Thanks for the short notes:)

    ReplyDelete
  4. really helpful....thankz teorimath:perdagangan

    ReplyDelete
  5. really helpful....thankz teorimath:perdagangan

    ReplyDelete
  6. Thanks , really helpful for my midterm exam .#spm2K16

    ReplyDelete
  7. Thanks , really helpful for my midterm exam .#spm2K16

    ReplyDelete
  8. bknnya maksud pengeluaran menghasilkan barang dan perkhidmatan????👆👆👆

    ReplyDelete

ShareThis