Friday, 21 December 2012

Nota Cepat Sains Tingkatan 4 dan 5

 Klik Sini untuk DOWNLOAD nota sains Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, SPM 
 (Versi Bahasa Melayu BM)


Kandungan
NOTA SAINS TINGKATAN 4

BAB 3: KOORDINASI BADAN
3.1: Koordinasi Badan
3.2: Sistem Saraf Manusia
3.3: Kordinasi Saraf: Tindakan Refleks dan Kinestesis
3.4: Otak dan Kerencamannya
3.5: Koordinasi Kimia Dalam Badan
3.6: Jenis Dadah dan Kesan Penyalahgunaan Dadah
3.7: Kesan Pengambilan Minuman Beralkohol

BAB 4: KETURUNAN DAN VARIASI
4.1: Proses Pembahagian Sel
4.2: Pewarisan Sifat
4.3: Penentuan Seks Anak dan Kejadian Kembar Pada Manusia
4.4: Mutasi
4.5: Kesan Penyelidikan Genetik
4.6: Variasi di Kalangan Hidupan

BAB 5: TENAGA NUKLEAR
5.1: Bahan Radioaktif
5.2: Penghasilan Tenaga Nuklear dan Kegunaannya

BAB 6: TENAGA DAN PERUBAHAN KIMIA
6.1: Perubahan Kimia dan Perubahan Fizik
6.2: Perubahan Haba dalam tindak balas kimia
6.3: Kereaktifan Logam
6.4: Aplikasi Siri Kereaktifan Logam
6.5: Elektrolisis
6.6: Penghasilan Tenaga Elektrik dalam Sel Kimia
6.7: Cahaya dan Tindak Balas Kimia

BAB 7: CAHAYA, WARNA DAN PENGLIHATAN
7.1: Pembentuk Imej
7.2: Pembentuk Imej oleh mata dan alatan optik
7.3: Penyebaran Cahaya
7.4: Penyerakan Cahaya
7.6: Penglihatan Objek Berwarna
7.8: Kepentingan Warna Dalam Kehidupan-Aplikasi Warna Dalam Kehidupan Seharian

BAB 8: BAHAN KIMIA DALAM PERINDUSTRIAN
8.1: Sifat Aloi dan Penggunaannya
8.2: Penggunaan ammonia dalam industri
8.3: Bahan sisa industri


NOTA SAINS TINGKATAN 5

BAB 9: MIKROORGANISMA DAN KESANNYA KE ATAS HIDUPAN
9.1: Pengelasan Mikroorganisma
9.2: Faktor yang mempengaruhi aktiviti mikroorganisma
9.3: Peranan mikroorganisma berfaedah dalam kehidupan harian
9.4: Kesan Mikroorganisma Berbahaya kepada Manusia
9.5: Pencegahan Jangkitan Penyakit Yang Disebabkan oleh Mikroorganisma
9.6: Cara merawat penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma

BAB 10: SEBATIAN KARBON
10.1: Kepelbagaian sebatian karbon
10.2: Alkohol
10.3: Kelapa sawit dan kepentingannya
10.5: Pembuatan Sabun dan Tindakan Pencuciannya
10.6: POLIMER

BAB 11: Nutrisi Dan Pengeluaran Makanan
11.1: Kepentingan Amalan Pengambilan Nutrisi Yang Baik dan Seimbang
11.2: Pengeluaran Makanan dan Keperluan Nutrien oleh Tumbuhan
11.3: KITAR NITROGEN

BAB 12: GERAKAN
12.1: Jisim dan Inersia
12.2: Gerakan Kenderaan di darat
12.3: Laju, halaju dan pecutan
12.4: Momentum
12.5: Tekanan
12.6: Sistem Hidraulik
12.7: Gerakan Kenderaan di Air
12.8: Gerakan Kenderaan di Udara

BAB 13: Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar
13.1: Kesimbangan Alam Sekitar
13.2: Pencemaran Alam Sekitar
13.3: Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar
13.4: Pengolahan dan pengurusan sumber alam

BAB 14: Peningkatan Pengeluaran Makanan dan Teknologi Makanan
14.1: Perkembangan dalam Teknologi Makanan
14.2: Peningkatan Pengeluaran Makanan Negara
14.3: Sumbangan Teknologi Dalam Pengeluaran Makanan
14.4: Pemilihan Makanan Yang Diproses

BAB 15: Bahan Buatan dalam Perindustrian
15.1: Getah Sintetik
15.2: Plastik

BAB 16: Elektronik dan Teknologi Maklumat
16.1: Gelombang Radio
16.2: Komunikasi Radio
16.3: Perkembangan Teknologi Penghantaran Maklumat

Thursday, 20 December 2012

Perdagangan Tingkatan 5 : Bab 8: Konsumerisme

Kembali ke List Nota Perdagangan SPM | Siri Nota Perdagangan Tingkatan 5 | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 |

BAB 8: KONSUMERISME

1. Maksud Konsumerisme
-          Satu perjuangan bagi melindungi hak dan kepentingan pengguna
-          Satu usaha bagi menyedarkan pengguna tentang hak mereka supaya taraf hidup  meningkat

2. Matlamat Konsumerisme
-          melindungi hak pengguna
-          mewujudkan iklim perniagaan yang harmoni
-          membina kualiti kehidupan yang lebih baik

3. Maksud pengguna
-          orang yang menggunakan barang  untuk penuhi keperluan dan kehendak

4. Amalan perniagaan yang tidak sihat
-          letak harga  tidak berpatutan
-          buat iklan  mengelirukan
-          tawar barang  berkualiti rendah
-          jual barang yang tidak selamat

5. Hak pengguna
Hak mendapat keperluan asas
-                     makanan/pakaian

Hak mendapat keselamatan
-                      dilindungi daripada  kesan yang boleh   membahayakan  kesihatan
-                      contoh: racun makhluk perosak / ubat-ubatan

Hak mendapat maklumat
-                      fakta   lengkap  sesuatu barang supaya  tidak tertipu

Hak membuat pilihan
-                      Dapat pelbagai barang berkualiti berdasarkan citarasa

Hak mendapat ganti rugi
-                      berjumpa sendiri dengan peniaga /mengadu kepada persatuan pengguna

Hak bersuara
-                     secara peribadi /  perwakilan

Hak mendapat pendidikan pengguna
-                     melalui ceramah / forum

Hak mendapat alam sekitar yang sihat
-                      kerajaan gubal akta seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 / Akta Racun Mahkluk Perosak 1974


6. Lima Tanggungjawab pengguna
Kesedaran mengkritik
-    boleh membuat aduan
Penglibatan dan tindakan
-    bergiat aktif dalam persatuan pengguna / khidmat sosial
Tanggungjawab sosial
-    Memberi derma kepada orang miskin/tua
Tanggungjawab alam semulajadi
-    tidak membuang sampah di merata tempat / tidak menebang pokok sesuka hati
Bersatu padu
-    supaya wujud kekuatan / pengaruh untuk jayakan perjuangan

7. Enam Tanggungjawab pengeluar
a.    Praktikkan amalan perniagaan yang baik
-    tidak menipu/ jual barang berkualiti
b. Amal pengiklanan yang beretika
-    iklan mesti tepat / tidak mengaitkan jenama produk lain
Sedia terima rungutan
-    kaunter khidmat pelanggan / kaunter aduan
Membantu menyebarkan pendidikan konsumerisme
-    melalui seminar/forum
Memelihara alam sekitar
-    menggurangkan penggunaan bahan yang  mencemarkan
Menjalankan tanggungjawab sosial
-    memberi derma/ biasiswa

8. Lima prinsip asas  membeli dengan bijak
Menentukan jenis barang
-    barang keperluan atau kehendak
Menentukan sebab membeli
-    untuk memenuhi keperluan/menunjuk-nunjuk
c.  Menentukan masa membeli
-    masa tawaran istimewa/ musim perayaan
Memilih tempat membeli
-    lokasi berhampiran
-    menawarkan pelbagai barang
-    harga berpatutan dan barang berkualiti
-    sikap  jujur dan layanan mesra
-    ada kemudahan seperti ruang makan/tandas
Mengetahui teknik membeli
-    buat perbandingan harga
-    tengok kualiti barang
-    periksa kuantiti barang
-    tahu tarikh luput
-    ada jaminan jualan


9. Peranan kerajaan dalam melindungi pengguna
Tubuh kementerian yang menjaga hal-ehwal pengguna
-          iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna
Beri kesedaran tentang konsumerisme
-    melalui ceramah /kempen
Wujudkan akta/peraturan
-    Peraturan Makanan 1985/Akta Perihal Dagangan 1972
Tubuh  kementerian / jabatan untuk kuatkuasa undang-undang
-    Kementerian Kesihatan/Jabatan Alam Sekitar

10. Agensi lain  dan peranannya dalam melindungi pengguna

Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK) @ Majlis Pengguna
-   Nasihat kerajaan tentang hal-ehwal perlindungan pengguna
-    Elakkan penyelewengan dan ketidakadilan amalan perniagaan
-    Beri pendidikan konsumerisme melalui risalah /tv
-    Wujudkan  petugas yang dapat bantu selesaikan isu-isu kepenggunaan
-    Menerbitkan Kod Etika Amalan Perniagaan

Tribunal Tuntutan Pengguna
-    Mudahkan pengguna membuat tuntuan gantirugi dengan cepat ,mudah dan murah
-    Jadi saluran alternatif selain Mahkamah Sivil untuk menuntut gantirugi
-    Dengar jumlah tuntutan yang tidak melebihi RM10,000

Persatuan Pengguna
-    Terima dan siasat aduan  pengguna
-    Jalankan penyelidikan dari segi kualiti/keselamatan
-    Beri laporan melalui  penerbitan majalah/berita
-    Adakan pendidikan kepenggunaan melalui bengkel/forum

Persatuan Pengeluar
-    Pastikan ahli mematuhi kod etika  berkaitan dengan pengeluaran/persaingan
-    Adakan kempen membeli barang buatan tempatan

Persatuan Profesional
-    Pastikan  ahli patuhi garis panduan profesion masing-masing

Persatuan Peniaga
-    Ingatkan peniaga agar mematuhi peraturan yang berkaitan dengan perlindungan pengguna /  jujur dengan pengguna
-    Sediakan kod etika mengenai jualan

11.  Etika Amalan Perniagaan
-          diperkenalkan tahun 1982
-          digubal oleh Majlis  Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK)
-          bertujuan mewujudkan perpaduan di kalangan  peniaga, pengeluar, pengguna dan kerajaan
-          mempunyai 5 prinsip:
           + Kenalpasti dan akui  hak-hak pengguna
           Tidak menyampaikan maklumat yang mengelirukan
           Patuhi prinsip perniagaan secara adil
           Tidak burukkan pesaing
           Amal perniagaan yang jujur
-          mengandungi   Etika Penjual dan Etika Pembeli

12.  Etika Pembeli (mengandungi dua tanggungjawab pembeli)
Tanggungjawab terhadap penjual
-    patuhi syarat kontrak
-    jelaskan hutang mengikut tempoh
-    tidak boleh paksa penjual sediakan perkhidmatan yang melebihi bayaran
-    tidak menawarkan harga  terlalu rendah sehingga  peniaga rugi
-    tidak kembalikan barang tanpa alasan yang kukuh/ tanpa tunjuk kad jaminan
-    amalkan sifat sopan santun
-    beri pandangan   untuk tingkatkan kualiti barang

Tanggungjawab terhadap masyarakat
-    libatkan diri dalam persatuan pengguna
-    jaga persekitaran tempat tinggal/ pelihara alam sekitar
-    elak aktiviti pembakaran secara terbuka/ yang cemarkan alam sekitar
-    tidak sebarkan khabar angin seperti kenaikan harga barang/ kekurangan bekalan

13.  Etika Penjual (Mengandungi enam tanggungjawab penjual)

Tanggungjawab terhadap pekerja
-    jaga kebajikan pekerja dengan kemudahan tempat tinggal/pengangkutan
-    beri bimbingan /latihan untuk meningkatkan produktiviti
-    memberi ganjaran setimpal seperti gaji/bonus

Tanggungjawab terhadap pelanggan
-    sediakan barang berkualiti
-    sentiasa berusaha tingkatkan kualiti barang
-    tepati keperluan dan kehendak pengguna
-    jual barang pada harga berpatutan
-    bermaklumat  yang lengkap
-    adakan kempen promosi yang jujur
-    sediakan khidmat lepas jualan / khidmat nasihat
-    beri layanan sama rata

Tanggungjawab terhadap pemodal
-    maklumkan kedudukan pelaburan / perniagaan
-    beri kadar pulangan yang memuaskan
-    jalankan pengurusan yang cekap

Tanggungjawab terhadap pembekal
-    layanan adil kepada semua pembekal
-    patuhi segala  syarat kontrak
-    berusaha jual barang  dengan segera
-    amalkan ‘sistem payung’
-    pastikan syarat kontrak  jelas

Tanggungjawab terhadap masyarakat
-    pelihara alam sekitar
-    guna sumber yang manfaatkan masyarakat
-    beri sumbangan kepada pembangunan / penyelidikan melalui  biasiswa / subsidi

Tanggungjawab terhadap kerajaan
-    bayar cukai
-    sedia peluang pekerjaan
-    guna sumber bahan mentah tempatan dengan cekap
-    adakan rundingan dengan kerajaan mengenai penggubalan / perlaksanaan  dasar


Kembali ke List Nota Perdagangan SPM | Siri Nota Perdagangan Tingkatan 5 | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 |

Perdagangan Tingkatan 5 : Bab 7: Peranan Kerajaan Dlm Perniagaan

Kembali ke List Nota Perdagangan SPM | Siri Nota Perdagangan Tingkatan 5 | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 |

BAB 7: PERANAN KERAJAAN DALAM PERNIAGAAN

PERANAN KERAJAAN BAGI MEMBANTU PENIAGA

Menyediakan penyelidikan dan pembangunan
·         MARDI                                               -    dibidang pertanian
·         LEMBAGA GETAH MALAYSIA (MRB)       -    untuk getah
·         LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA (MPOB) – industri sawit
·         SIRIM           -    untuk industri teknologi tinggi
·         FRIM            -    untuk perhutanan
·         LKIM            -    untuk ikan








Menyediakan perundangan perniagaan
Contoh akta:
·         Akta Jualan Barangan
·         Akta Sewa Beli
·         Akta Perihal Dagangan
·         Akta Kawalan Harga
·         Akta Timbang dan Sukat

Menyediakan Latihan dan Pengurusan
·         Supaya peniaga berkemahiran dan cekap
                   Contoh Agensi:
·         MARA
·         NPC – Perbadanan produktiviti

Menyediakan kemudahan  infrastruktur  dan ruang niaga
Contoh :
·         Menyediakan bekalan elektrik/air/telefon
·         Bazar/ruang niaga/kilang untuk disewa
Contoh Agensi:
·         MARA
·         UDA HOLDING
·         PKEN

Memberi Insentif Pelepasan Cukai
·         Taraf perintis –pengecualian cukai untuk tempoh tertentu
·         Pengecualian cukai –tak perlu bayar cukai
·         Elaun cukai pelaburan




Menyediakan Kemudahan Pembiayaan
·         Memberi bantuan modal /pinjaman
     Contoh Agensi : MARA
·         Bank Pertanian / Bank Pembangunan dan Infrastruktur

Lawatan Dagangan Keluar Negara
·         Untuk megadakan hubungan 2 hala
·         Buat perjanjian dagangan
     Contoh Agensi: MATRADE / MITI

Kembali ke List Nota Perdagangan SPM | Siri Nota Perdagangan Tingkatan 5 | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 |

Perdagangan Tingkatan 5 : Bab 6: Promosi

Kembali ke List Nota Perdagangan SPM | Siri Nota Perdagangan Tingkatan 5 | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 |

BAB 6: PROMOSI

1.  Maksud Promosi
-          satu proses memberitahu , memujuk dan mempengaruhi pelanggan
-          menyedarkan pengguna tentang barangan
-          menjadikan pengguna setia kepada barangan yang ditawarkan



2.  Peranan Promosi
-          Menyampaikan maklumat, memberitahu kewujudan barang dipasaran, maklumat spesifikasi barang, kegunaan, harga dan pengeluar
             
-          Mewujudkan pasaran baru, menyedarkan pengguna tentang barang baru, menarik minat membeli dan mengguna

-          Mengekalkan pasaran sedia ada, mengingatkan pengguna kepada jenama, mewujudkan pengguna setia


-          Meningkatkan dan meluaskan pasaran membantu penyebaran maklumat kepada lebih ramai pengguna menggunakan media yang liputan siarannya luas

-          Memujuk dan mempengaruhi pembeli menggunakan aktiviti dan teknik promosi yang menarik

-          Memantapkan imej barang dan syarikat barang menjadi lebih popular dan mendapat perhatian kerana dikaitkan dengan imej pengguna

-          Mengatasi pesaing, mengelakkan pengguna sedia ada dan baru mudah lupa dan beralih menggunakan barangan pesaing

3.  Promosi dalam Pemasaran.

-          Strategi Pemasaran
·         Sasaran pasaran – kumpulan pengguna yang cuba dipengaruhi
·         Campuran pemasaran   – gabungan unsur penting pemasaran
Ø  Produk   – menghasilkan barang berorientasi pengguna
                       menepati cita rasa, keperluan dan kehendak
                      pengguna
Ø  Harga    -  disesuaikan mengikut keadaan pelanggan,
                       persaingan, kos pengeluaran dan keuntungan
                     yang ingin diperolehi
Ø  Promosi  - ditumpukan kepada kumpulan sasaran  
                       menyedarkan pengguna tentang kewujudan
                      barang menyampaikan maklumat, menarik
       perhatian, meyakinkan dan mempengaruhi
       pengguna
Ø  Agihan    - dihantar tepat pada masa ke tempat barang diperlukan.

4.  Jenis Promosi.

-          Pengiklanan
·         Memperkenalkan barangan baru
·         Mengingati sesuatu barangan
·         Mengekalkan pasaran barangan
·         Barangan lebih popular
·         Imej yang lebih baik
·         Mempengaruhi, memberitahu dan memujuk pengguna
·         Mendapatkan maklumat sesuatu barangan

Ø  Iklan berkesan mempunyai unsur pujukan menjadi gaya tarikan yang dirancang dalam sesuatu mesej iklan.

Ø  3 jenis gaya tarikan iklan

§  Pujukan Rasioal
- Mengaitkan sesuatu pembelian dengan kepentingan peribadi pembeli.
- Pembelian barang dikatakan lebih berfaedah, berkualiti, bernilai, kesihatan, penjimatan

§  Pujukan emosi
- Menimbulkan perasaan positif supaya orang ramai terdorong membeli.
- Mesej iklan ada unsur rasa kasih sayang, takut, malu, bangga, gembira, mengikis perasaan bimbang

§  Pujukan moral
- Sikap orang ramai tentang perkara yang benar dan lebih wajar dilakukan.
- Mesej iklan  tentang kebersihan alam sekitar, perpaduan, persamaan hak, amalan tolong-menolong

Ø  Jenis Iklan



§  Iklan penerangan
-   memperkenal jenama baru dipasaran
-   ada maklumat harga, kegunaan, cara guna, keistimewaan barangan
-   elak keraguan pengguna

§  Iklan memujuk
-   persaingan sesuatu barangan semakin hebat di pasaran
-   bentuk keyakinan pengguna
-   terang kelebihan jenama, bandingkan
    dengan jenama lain
-   menjadi iklan bertanding

§  Iklan mengingat
-   pengguna sentiasa mengingat sesuatu
    jenama
-   disiarkan berulang-ulang
-   barangan telah lama di pasaran

          - Promosi Jualan

·         cara galakan jualan bagi tempoh yang singkat
·         bantu tarik pelanggan baru
·         galakkan pengguna membeli
·         barangan dikenali, kekal dan atasi pesaing

Ø  Promosi Pengguna
-   mendorong pengguna membeli
-   pengguna ditawarkan sample percuma, kupon
    hadiah, potongan harga, pertandingan

Ø  Promosi pengedar
-   pemberian insentif kepada pemborong dan peruncit supaya menambah pengedaran dan jualan
-   pengedar ditawarkan diskaun, barang percuma, hadiah wang, pertandingan jualan

Ø  Promosi jualan
-   galakkan jurujual menjual secara lebih berkesan
-   insentif diberi – bonus, komisen, peraduan
-   tempoh promosi jangka masa pendek

-          Jualan Terus
·         kaedah promosi sesuatu barangan secara peribadi
·         melalui jurujual
·         caranya – system parti, pergi dari rumah ke rumah
·         wakil syarikat menerangkan, memujuk, meyakinkan pengguna
·         jurujual diberi komisen, diakaun
·         jurujual dan pengguna berkomunikasi dua hala
·         pengguna Dapat layanan peribadi
·         jurujual Sesuaikan cara penyampaian maklumat, teknik memujuk
·         jurujual tahu reaksi pengguna

-          Publisiti
·         Penyebaran maklumat menerusi media secara percuma
·         Bayaran siaran ditanggung oleh syarikat media
·         Pengeluar tidak tanggung kos penyiaran
·         Tujuan beritahu barangan baru, keistimewaan
·         Maklumat dikawal syarikat media
·         Kelebihan - Jimatkan kos promosi, lebih diyakini, liputan lebih luas, jalin hubungan baik dengan orang ramai
·         Kelemahan – berita terhad, maklumat tak jelas, kritikan media, masa siaran tidak sesuai, sukar dirancang

5. MEDIA PENGIKLANAN

JENIS MEDIA PENGIKLANAN

AKHBAR/MAJALAH
·         Liputan lebih luas
·         Kos murah berbanding yang lain
·         Boleh sertakan gambar/peneranan
·         Boleh dibuat secara warna warni
·         Boleh dibaca berulang kali
·         Boleh pilih ruang/mukasurat

HALAMAN KUNING
·        Ruang iklan di buku panduan telefon
·        Mudah untuk pelanggan
·        Disusun ikut abjad

TELEVISYEN
Liputan luas
Ada gambar dan penerangan lengkap
Boleh diselitkan muzik
Lebih berkesan sebab audio visual
Boleh pilih masa siaran
Boleh menaja rancangan

POSTER/PAPAN TANDA/ SEPANDUK
·        Kos murah
·        Menarik perhatian pengguna
·        Boleh pilih sasaran pasaran

RADIO
·         Liputan luas
·         Penerangan lengkap
·         Boleh diselitkan muzik
·         Boleh disiarkan bila-bila masa
·         Boleh taja rancangan

INTERNET
·         Liputan luas ke selruruh dunia
·         Boleh masukkan kesan animasi/audio visual
·         Boleh terus pesan barang on line
·         Kos murah jika pandai bina laman web sendiri

LAMPU NEON
·         Cantik dan menarik
·         Jelas pada waktu malam
·         Boleh jadi pandu arah kepada pengguna
·         Boleh guna untuk tempoh lama

PAMERAN/EKSPO
·         Sampai ke sasaran pengguna
·         Pengguna boleh cuba barang dan Tanya
·         Boleh kesan masalah pengguna
·         Hubungan 2 hala dengan pelanggan

6.           PEMILIHAN MEDIA PENGIKLANAN

Faktor Pemilihan Media Pengiklanan

·         Jenis dan sifat barangan
*        barangan teknikal    -  televisyen, pameran, internet
                                       -  perlu penerangan dan tunjuk ajar
*        barangan baru        - sampel percuma
*        barang perhiasan    - majallah wanita
*        perkakas dapur       - pameran, ekspo
                                       - perlu tunjuk ajar jurujual
*        perkhidmatan pelancongan – iklan akhbar/risalah


·         Kos Pengiklanan
*        ikut kemampuan peniaga
*        peniaga kecil-kecilan         - media murah
                                                - papan tanda/risalah
*        syarikat besar                   - media mahal
                                                - televisyen/ akhbar/ majalah

·         Tujuan Pengiklanan
*        akhbar          - matlamat sampaikan maklumat ke seluruh negara
                             - barangan baru
*        sampel percuma dan borang maklum balas
          - ingin tahu sambutan orang ramai
*        televisyen/radio/internet
          - untuk atasi pesaing
          - menarik dan liputan luas

·         Saiz Perniagaan
*        syarikat besar      
          - media mahal
          - televisyen/akhbar
*        perniagaan kecil-kecilan  
          - media murah
          - risalah/poster/sepanduk

·         Sasaran Pengguna
*        golongan pengguna yang diharapkan membeli
*        sampai mesej kepada golongan yang betul
*        peralatan sukan       - majalah sukan
*        barang kemas         - majallah wanita

·         Luas Pasaran
*        barangan pasaran    - risalah/papan
*        setempat                tanda/poster/sepanduk
*        pasaran seluruh negara  
          - televisyen/akhbar negara
*        pasaran antarabangsa    
          - televisyen setelit/internet
          - majallah antarabangsa

·         Dasar Kerajaan
*        peraturan mesti dipatuhi
*        penentuan saiz, kandungan, jenis iklan,
*        arak dan rokok dilarang dalam iklan tv
*        dapat kebenaran – Akta Kerajaan Tempatan

Kembali ke List Nota Perdagangan SPM | Siri Nota Perdagangan Tingkatan 5 | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 |

Perdagangan Tingkatan 5 : Bab 5: Pergudangan

Kembali ke List Nota Perdagangan SPM | Siri Nota Perdagangan Tingkatan 5 | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 |

BAB 5: PERGUDANGAN


1.  Maksud pergudangan
-          aktiviti simpan barang sebelum di bawa ke pasaran

2.  Enam peranan pergudangan

Jamin bekalan barang berterusan
-          bagi barang bermusim seperti padi

Bantu stabilkan harga barang
-          selaraskan permintaan dan penawaran

Elakkan kerosakan dan pembaziran
-          barang mudah rosak seperti ikan/ daging dapat disimpan dalam gudang penyetoran sejuk

Jamin keselamatan barang
-          gudang dilengkapi dengan alat penggera kecurian/kebakaran

Bolehkan aktiviti pecah pukal dilakukan
-          seperti menyukat/menggred

Membantu perniagaan antarabangsa
-          tempat simpanan sementara untuk barang import @eksport/  simpan barang import yang cukainya belum dibayar

3.  Kelebihan gudang berbon  kepada peniaga
-          Boleh tangguhkan pembayaran cukai  import
-          Boleh bayar cukai secara beransur-ansur
-          Elakkan modal pusingan terikat dengan stok
-          Boleh cagarkan barang untuk  pinjaman

4.  Kelebihan gudang berbon kepada kerajaan
-          mudahkan kutipan cukai
-          menjadi sumber maklumat kepada data import dan eksport
-          dapat atasi masalah elak cukai dan penyeludupan
-          dapat kawal kemasukan barang larangan

5.  Enam ciri gudang yang baik

Lokasi strategik
-          berhampiran dengan pembekal/peruncit
-          terletak  di lapangan terbang / pelabuhan
-          terletak di tempat  mempunyai sistem pengangkutan/komunikasi yang baik

Ruang yang mencukupi dan susun atur yang kemas
-          mudah lakukan aktiviti pecah pukal
-          mudah guna kenderaan pengangkut seperti fork-lift
-          mudah pembeli meneliti barang yang dipamerkan

Mempunyai peralatan  mencukupi/canggih
-          seperti  trak angkut susun (fork-lift)/tali sawat penyampai (conveyor belt)

Mempunyai ciri keselamatan
-          seperti  sistem penggera kebakaran/alat pencegah kecurian

Pengurusan gudang  yang cekap
-          mempunyai kakitangan yang mahir
-          mempunyai sistem maklumat berkomputer

Kesesuaian gudang dengan jenis barang
-          barang mudah rosak seperti ais krim /ikan disimpan dalam gudang penyetoran sejuk


6. Jenis-jenis gudang

1.Gudang pengilang
Milikan - Pengilang
Lokasi - Berhampiran  kilang
Jenis barang yang disimpan - Bahan mentah dan barang siap

2.Gudang pemborong
Milikan - Pemborong
Lokasi - Berhampiran pembekal/peruncit
Jenis barang yang disimpan - Barang siap yang dibeli secara pukal

3.Gudang peruncit
Milikan - Peruncit besar-besaran seperti  pasar raya/ gedung  aneka jabatan
Lokasi - Berhampiran  premis perniagaannya
Jenis barang yang disimpan - Barang siap yang dibeli secara pukal

4.Gudang kerajaan
Milikan - Agensi kerajaan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian  Persekutuan (FAMA) / Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) / Padiberas Nasional Berhad (BERNAS)
Lokasi - Terletak di kawasan yang sesuai dengan penubuhannya .
Jenis barang yang disimpan -
Contoh: Gudang FAMA di kawasan pertanian/ Gudang LKIM di kawasan pendaratan ikan/ gudang BERNAS di kawasan penanaman padi
Barang-barang yang berkaitan dengan agensi tersebut.
Contoh:
Gudang FAMA – barang pertanian/ Gudang LKIM – ikan/ Gudang BERNAS - beras

5.Gudang berbon
Milikan -
(a) Gudang kastam – milik kerajaan
(b) Gudang berlesen – milik swasta
Lokasi - Di lapangan terbang /pelabuhan
Jenis barang yang disimpan - Barang bercukai yang belum dijelaskan cukainya

6.Gudang Sejuk
Milikan - Pengeluar/ pemborong/ syarikat swasta / agensi kerajaan
Lokasi - Berhampiran dengan tempat pengeluaran/ di lapangan terbang/ pelabuhan
Jenis barang yang disimpan - Barang mudah rosak seperti ikan /daging

Kembali ke List Nota Perdagangan SPM | Siri Nota Perdagangan Tingkatan 5 | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 |

Perdagangan Tingkatan 5 : Bab 4: Komunikasi

Kembali ke List Nota Perdagangan SPM | Siri Nota Perdagangan Tingkatan 5 | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 |

BAB 4: KOMUNIKASI

PERANAN KOMUNIKASI



Memudah dan mempercepatkan proses penyebaran maklumat.
-          Contoh : maklumat turun naik harga saham mudah diketahui dengan menggunakan komputer, telefon dan internet.

Memudahkan peniaga menjalankan aktiviti perniagaan.
-          Contoh : urusan jual beli barangan boleh dilakukan dengan menggunakan telefon, telefeks atau internet.

Memudahkan kegiatan promosi.
-          Contoh : Televisyen merupakan media utama pengiklanan kerana dapat menarik minat ramai penonton.

Meluaskan pasaran barangan.
-          Contoh : Perkhidmatan telefon memudahkan proses jual beli jarak jauh.

Memudahkan pentadbiran dan pengurusan.
-          Contoh : bagi syarikat yang mempunyai banyak cawangan di merata negeri boleh mengadakan mesyuarat secara langsung antara pengurus cawangan tanpa bersemuka dengan menggunakan sidang video.

Mengelakkan kerugian dan kerosakan.
-          Contoh : Jika diketahui melalui satelit bahawa taufan sedang melanda Jepun, maka penghantaran kargo dari Malaysia ke negara itu boleh ditangguhkan untuk mengelakkan kerosakan.


JENIS-JENIS PERKHIDMATAN KOMUNIKASI

(i)  Televisyen dan radio.
(ii)  Perkhidmatan Pos.
(iii) Perkhidmatan Telekomunikasi.
(iv) Perkhidmatan Kurier.


PERKHIDMATAN POS.

  Terbahagi kepada 3 iaitu :
          (i).  Perkhidmatan Mel.
          (ii).  Perkhidmatan kaunter.
          (iii). Perkhidmatan Lain.


Perkhidmatan Mel.

·               Surat.                    
·               Poskad.    
·               Aerogram.
·               Bahan bercetak.
·                Peket kecil.  
·               Khidmat jawapan perniagaan.
                 o   digunakan oleh peniaga pesanan mel.
                 o   setem dilekatkan

·               Persuratan untuk orang buta.
                 o   majalah dan buku dalam bentuk Braille

·               Pos Ekspres.
                 o   menghantar dokumen dengan cepat.
                 o   tidak dilindungi oleh insurans

·               Pos Daftar.
                 o   hantar barang/dokumen penting di dalam dan di luar negara. dilindungi oleh insurans.

·               Bungkusan.

·               Mel Berinsurans.
                 o   memberi perlindungan bagi surat daftar dan bungkusan yang
                                  §  diposkan di dalam dan di luar negara.
                 o   pampasan akan dibayar jika mel/bungkusan itu hilang

·               Perkhidmatan Pos Laju.
                 o   menghantar mel, peket kecil dan dokumen dengan cepat.
                 o   serahan dari pintu ke pintu.



·               Data Pos.
                 o   membantu mengagihkan dokumen secara besar- besaran seperti bil,
                                  §  sijil invois dan penyata akaun.

·               Mel Terus.
                 o   digunakan oleh syarikat untuk mengiklankan perniagaannya.


Perkhidmatan Kaunter.

    Terdiri daripada 3 jenis :

a)        Perkhidmatan jualan – jual setem, sampul surat berdaftar, poskad.
b)       Perkhidmatan bayaran – bayaran kiriman wang dan wang pos.
c)        Perkhidmatan agensi  - TNB, ASN, BSN, LUTH.


 Perkhidmatan Lain.

i.        Pos Restante           -        Pengembara menggunakan alamat pejabat pos                                                 untuk menerima surat.
ii.       Peti surat, tiket serahan tingkap dan khidmat beg berkunci.
iii.      Frangki                  -       mesin mencetak setem dan tarikh pembayaran                                        pada sampul surat/mel.
iv.      Pusat khidmat pelanggan – melayani aduan pelanggan.


PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI

Terbahagi kepada :-
·         Perkhidmatan lisan
·         Perkhidmatan bercetak
·         Perkhidmatan Audiovisual.

a)    Perkhidmatan Lisan.

i.              Perkhidmatan Telefon.- untuk individu.
                          -  Panggilan tempatan.
                          -  Panggilan sambung jauh terus dail.
                          -  Panggilan antarabangsa terus dail.

 
   ii.         Panggilan tanpa tol.- untuk peniaga.
             
                 iii.        Sidang Audio.
                 - mesyuarat antara 2 pihak yang berada di lokasi berbeza.
                 - setiap ahli perlu bercakap secara bergilir.
             
                 iv.        Telefon bimbit.

v.              Videofon.
                             - Telefon dilengkapi dengan gambar video.
                             - membolehkan pemanggil dan penerima panggilan berbual
                               Serta melihat wajah pihak yang dihubungi.

      vi.          Radio Maritim.
                            - membolehkan panggilan telefon dibuat dari darat ke kapal-
                              kapal di lautan Atlantik, Hindi dan Pasifik.
                            - menggunakan satelit marin (MARISAT)untuk
                              menyampaikan berita serta mesej penting.

vii.            Telestok.    
             - untuk pelabur yang ingin mengetahui harga saham yang di  
               urusniagakan di BSKL.                


b)    Perkhidmatan Bercetak

i.              Telefeks – menghantar maklumat berbentukcarta, gambar, laporan melalui mesin faksimili.



ii.             Teleks   - menghantar maklumat menggunakan mesin teleprinter.    

ii.            Telegram – menghantar maklumat bertulis melalui rangkaian telegraf.


c)      Perkhidmatan Audiovisual.

i.              Sidang Video(Video Conferencing).
                 - menghubungi 2 atau lebih pihak di lokasi yang berbeza.
                -  mesyuarat jarak jauh melalui skrin pemancar.

ii.            Internet.
                 - rangkaian komputer yang menghubungkan pelbagai maklumat dengan pantas di
                seluruh dunia.

iii.           E-mel (Mel Elektronik)
                 - menghantar maklumat dengan cepat menerusi rangkaian komputer.
       
iv.           MAYPAC.
              - Rangkaian Data Awam Suis Peket Malaysia.
              - menghantar dan menerima data melalui komputer.
 

PERKHIDMATAN KURIER.

   Menghantar mel, dokumen dan bungkusan dengan segera seperti
   invois, dokumen perjanjian dan laporan di dalam dan di luar
   negara. Contoh : EMS, Pos laju Malaysia.

   Kelebihan.
o      penghantaran cepat dan selamat.
o      serahan pintu ke pintu.
o      dapat perlindungan insurans.
o      menyediakan perkidmatan menghantar Kargo.
o      Bagi bungkusan bercukai, syarikat Kurier akan menguruskan segala dokumentasi kastam bagi pihak pengirim.

Kekurangan
·               kos tinggi.
·               terhad kepada kiriman yang penting dan diperlukan sahaja.


Faktor Pemilihan Jenis Perkhidmatan Komunikasi

1.    Kesegaran.
                 - jika maklumat diperlukan segera – Teleks,
                                                       - telefaks
                                                       - internet.
                - tidak diperlukan dengan segera  - melalui pos.

2.    Jenis maklumat.
      - berbentuk lisan – telefon.
     - Grafik dan carta – mesin faksimile.
     - Bahan bercetak  -  pos.
     - Polisi insurans – kurier dan mel berinsurans.

3.    Kos.
     - mengikut kemampuan syarikat.
     - Perkhidmatan kurier lebih mahal daripada Perkhidmatan pos
       biasa.

4.    Mudah didapati dan berhampiran.
     - contoh: telefon dan pos mudah didapati.

5.    Jarak.
     - jarak dekat – gunakan pos.


     - jarak jauh  - mel udara, faksimile,internet, teleks.

Kembali ke List Nota Perdagangan SPM | Siri Nota Perdagangan Tingkatan 5 | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 |

Perdagangan Tingkatan 5 : Bab 3: Pengangkutan

Kembali ke List Nota Perdagangan SPM | Siri Nota Perdagangan Tingkatan 5 | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 |

BAB 3: PENGANGKUTAN
Maksud
-       pindah barang dari satu tempat ke tempat lain dengan pelbagai jenis kenderaan sama ada melalui darat, air, udara atau saluran paip

Peranan Pengangkutan
-         Bawa barang dari tempat lebih ke tempat kurang, selaras permintaan dan penawaran, stabilkan harga
-    Edar barang ke merata dunia
pasaran lebih luas
pilihan pengguna banyak
-          Peniaga mudah dapat bekalan bahan mentah
-          Galakkan pengeluaran secara besar-besaran
-          Elakkan pembaziran
-         Memudahkan mobiliti / pergerakan tenaga buruh
-         Mengurangkan kos penyimpanan stok / kos gudang
-         Galakkan pertumbuhan ekonomi
mewujudkan peluang pekerjaan
mengurangkan kadar pengganguran
meningkatkan taraf hidup masyarakat
meningkatkan pendapatan negara
-         Galakkan penyebaran sains dan teknologi
-         Galakkan kemasukan pelaburan dan pelancongan

JENIS PENGANGKUTAN
-          terdapat empat jenis pengangkutan iaitu;
           ·         Pengangkutan darat
           ·         Pengangkutan laut
           ·         Pengangkutan udara
           ·         Saluran paip

PENGANGKUTAN DARAT
-          terbahagi kepada dua iaitu;
           ·         jalan raya
           ·         rel
Pengangkutan Jalanraya
-          terdiri daripada pengangkutan;
           ·         haiwan         -   lembu, kuda
           ·         kenderaan     -   lori, van

Kelebihan
-         Boleh serah barang dari pintu ke pintu
-         jimatkan masa
-         Kerja pemunggahan kurang
-         risiko barang rosak sedikit
-         Murah dan cepat  untuk jarak dekat
-         sesuai bawa barang diperlukan segera
-         Tiada jadual perjalanan
-         Kemudahan kenderaan mudah didapati dan banyak
-         Mudah hubungi kawasan pendalaman
Kekurangan
-       Mahal dan lambat bagi jarak jauh  

sebab kesesakan lalu lintas / kemalangan / kenderaan rosak
-       Ruang muatan terhad
-       Tidak sesuai mengangkut barang mudah pecah (contoh: kaca, seramik)
-       Kos penyelenggaraan tinggi
-       Pembaziran tenaga buruh

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
-       Bidang tugasnya:
           ·         Daftar  kenderaan bermotor
           ·         Keluarkan lesen kenderaan dan cukai jalan
           ·         Uji dan keluarkan lesen memandu
           ·         Keluarkan permit sekolah memandu
           ·         Kawal dan tetapkan tambang kenderaan awam
           ·         Kuatkuasakan undang-undang jalan raya
           ·         Uji dan memberi lesen kepada konduktor bas
           ·         Kerjasama dengan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan dalam urusan perlesenan           
                      kenderaan komersil

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan  (LPKP)
-       Bidang tugasnya:
           ·         Kawal kegunaan  pengangkutan kenderaan awam seperti teksi dan bas demi menjaga kepentingan orang awam
           ·         Keluarkan lesen kenderaan perkhidmatan awam dan lesen kenderaan perdagangan  iaitu;
                      Ø  Lesen Pembawa A
-          benarkan kenderaan bawa barang orang lain / untuk disewa
                      Ø  Lesen Pembawa C
-          hanya benarkan kenderaan bawa barang sendiri
-          kenderaan tidak boleh disewa

Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM)
-       Bidang tugasnya:
           ·         Periksa dan uji kenderaan komersil dan pastikan selamat digunakan

Pengangkutan Rel
-          contoh seperti relbas, kereta api, komuter, LRT

Kelebihan
-       Murah dan cepat bagi jarak jauh  
-       Ruang muatan lebih luas
-       Sesuai untuk bawa barang pukal / berat / kuatiti banyak / bernilai rendah seperti  kayu balak , simen, pasir
-       Lebih selamat / kurang kemalangan dan selesa
-       Masa bertolak dan tiba diketahui mudahkan peniaga hantar / tunggu barang
-       Ada gerabak khas untuk bawa barang
Contoh:   gerabak bertangki – petrolium , simen, susu getah
              gerabak panjang / terbuka – kayu balak, kontena
-       ada kemudahan kontenarisasi

Kekurangan
-       Mahal dan lambat bagi jarak dekat
-       Tiada perkhidmatan pintu ke pintu
-       Banyak kerja pemunggahan
risiko barang rosak / hilang tinggi
-       Tidak fleksibel kerana arah dan masa perjalanan ditetapkan
-       Kos penyelenggaraan tinggi
-       Rangkaian perkhidmatan keretapi terhad – tidak semua bandar dihubungkan dengan perkhidmatan kereta api

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
-       Bidang tugasnya meliputi:
·         Sediakan landasan, stesen, menetapkan jadual perjalanan dan tambang
·         Sediakan dua perkhidmatan utama iaitu:
           +  keretapi penumpang  à  keretapi mel, ekspres, komuter
           +  keretapi barang / kargo  à  gerabak bertangki

PENGANGKUTAN  LAUT

-          sangat penting dalam perdagangan antarabangsa
-          terdiri daripada:
           ·         Perkapalan antarabangsa
-  belayar merentasi lautan besar
-  contoh:  kapal kargo, kapal kerentan, kapal penumpang
·         Perkapalan dalam negeri
-  belayar sepanjang pantai
-  contoh: feri, kapal pesisir pantai

Jenis kapal
·         Kapal kargo
-          kapal  khas bawa kargo dan sedikit penumpang                          
-          belayar ikut  jalan dan jadual tetap
-          hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan
-          tidak dapat dicarter tetapi ruangnya boleh disewa
-          tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan
-          terdapat pelbagai jenis kapal kargo khas iaitu:
     +   kapal kontena  +  khusus untuk membawa kontena
     +   kapal tangki    +  khusus untuk membawa petrolium, bahan kimia, gas asli cecair
     +   kapal penyetoran sejuk  +  ada bilik sejuk untuk simpan daging, sayur

·         Kapal kerentan (kapal tramp)
-          kapal  khas bawa kargo pukal sahaja  seperti  kayu balak, bijih timah
-          boleh ditempah / sewa atau dicarter
-          tidak belayar ikut  jalan dan jadual yang tetap
-          belayar ke mana-mana destinasi mengikut arahan pencarter / penyewa
-          kapal boleh dicarter  untuk satu pelayaran (carter perjalanan) atau untuk satu tempoh (carter masa)
-          boleh dicarter / sewa di Pasaran Baltik
-          tambang boleh ditawar
                                   
·         Kapal penumpang
-          kapal yang bawa penumpang, mel dan sedikit  kargo                      
-          belayar ikut  jalan dan jadual yang tetap
-          hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan
-          tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan

·         Kapal pesisir pantai
-          digunakan sepanjang pantai untuk hubungkan bandar tepi pantai dengan pelabuhan
-          tujuannya untuk bawa barang kegunaan dalam negeri dan barang yang dihantar ke pelabuhan utama untuk dieksport
-          contoh: Pelayaran dari pelabuhan Port Dickson ke Pelabuhan Klang

Kelebihan Kapal Kerentan
-          Sesuai bawa barang pukal seperti kayu balak
-          Boleh dicarter seluruh kapal
-          Bebas belayar bila-bila masa

sebab tiada jadual khas
-    Boleh disewa untuk satu pelayaran / carter pelayaran
-    Boleh disewa untuk satu jangka masa perjalanan / carter masa
-    Destinasi kapal ditentukan sendiri oleh penyewa
-          Tambang kapal boleh dirunding
biasanya lebih murah berbanding tambang kapal kargo.
Kekurangan Kapal Kargo
-          Tidak sesuai untuk bawa barang pukal
-          Pelayaran gunakan laluan tetap / hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan
-          Tambang kapal ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan
dan tidak boleh dirundingkan
biasanya lebih mahal berbanding tambang kapal kerentan
Perbezaan Kapal Kargo dengan Kapal Kerentan

KAPAL KARGO
1.  Belayar mengikut  jalan dan jadual yang tetap
2.  Sesuai mengangkut barang tidak pukal seperti  perabot, mesin
3.  Hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan
4.  Beri tempahan ruang dalam kapal sahaja
5.  Tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan
6.  Bil muatan sebagai bukti barang diangkut

KAPAL KERENTAN
1.  Bebas belayar ke mana-mana dan bila-bila masa
2.  Sesuai mengangkut barang pukal seperti kayu balak
3.  Singgah di mana-mana pelabuhan mengikut arahan pencarter
4.  Boleh sewa seluruh kapal
5.  Tambang ditentu di Pasaran Baltik dan boleh tawar menawar
6.  Selain bil muatan, janji carter diperlukan

Kebaikan Pengangkutan Air
-       Boleh bawa muatan banyak
-       Tambang lebih murah
-       Sesuai untuk bawa barang pukal seperti kayu balak dan bijih timah
-       Lebih selamat sebab kadar kemalangan rendah
-       Tiada kesesakan lalu lintas
-       Kos penyelenggaraan sedikit
-       Banyak pilihan kapal seperti kapal kontena, kapal kargo
-       Ada kemudahan kontenarisasi  -  cepatkan urusan kastam  
   
Kekurangan Pengangkutan Air
-       Tiada serah pintu ke pintu perlukan pengangkutan lain seperti lori untuk bawa barang dari atau ke pelabuhan
-       Kerja pemunggahan yang banyak meningkatkan risiko kecurian dan kerosakan
-       Perjalanan lambat  sampai
-       Perkhidmatan terhad di kawasan yang ada kemudahan pelabuhan / jeti sahaja

Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC)
-       peranannya;
·         Beri kemudahan pengangkutan laut kepada peniaga tempatan untuk mengurangkan pergantungan kepada kapal asing
·         Adakan perjalanan tempatan dan antarabangsa  bagi menghantar kargo
·         Ambil bahagian dalam kontrak perkapalan secara dua hala dengan negara lain
·         Tingkatkan penyertaan kapal Malaysia dalam perkapalan antarabangsa

Jabatan Laut
-       peranannya:
           ·         Daftar dan lesenkan semua kapal dan bot
           ·         Keluarkan perakuan kecekapan untuk pelaut Malaysia
           ·         Wujudkan sistem pelayaran yang efisen
           ·         Selenggarakan pelabuhan
           ·         Pelihara kawasan perairan supaya bebas dari pencemaran

Lembaga Pelabuhan
-       contoh:   Lembaga Pelabuhan Kelang
                      Lembaga Pelabuhan Kuantan
-       peranannya;
           ·         kawal lalu lintas di kawasan pelabuhan
           ·         sediakan kemudahan pergudangan seperti Gudang Berbon
           ·         sediakan  dermaga dan tongkang
           ·         sediakan kemudahan pemunggahan seperti kren, forklift
           ·         sediakan malim untuk memandu kapal berlabuh
           ·         sediakan bantuan pelayaran seperti rumah api dan boya
           ·         sediakan kemudahan limbungan untuk membaiki kapal
           ·         keluarkan lesen perkapalan kepada kapten kapal dan bot  kecil yang belayar di sekitar
                      pelabuhan

PENGANGKUTAN  UDARA
-          terbahagi kepada dua iaitu;
           ·         kapal terbang
           ·         helikopter

Kekurangan
-          Tambang mahal                      
-          Saiz dan berat kargo dihadkan
-       Tiada serahan pintu ke pintu perlukan pengangkutan lain
           Kerja pemunggahan yang banyak tingkatkan risiko kecurian dan kerosakan
-       Perkhidmatan terhad di kawasan yang ada kemudahan lapangan terbang sahaja
-       Penerbangan mudah tergendala jika cuaca buruk
-       Kos penyelenggaraan tinggi

Kebaikan
-          Sesuai bawa barang mahal dan ringan kerana kadar tambang tidak dipengaruhi oleh nilai barang
contoh:  ekspot berlian dan emas
-          Sesuai bawa barang yang diperlukan segera yang memerlukan pengangkutan yang cepat / pantas
contoh:  bekalan perubatan dan alat ganti jentera
-          Sesuai bawa barang yang tidak tahan lama untuk menjamin agar barang segar dan baik
contoh:  bunga dan buah-buahan
-          Sesuai hubungi kawasan pendalaman – gunakan helikopter
-          Barang lebih selamat sebab kawalan keselamatan ketat risiko kecurian kurang oleh itu kos insurans lebih rendah
-          Kos pergudangan rendah sebab barang segera dihantar
-          Ada kemudahan kontenarisasi  -  mencepatkan urusan kastam



Penerbangan Malaysia (MAS)
-       Merupakan badan yang ditubuhkan oleh kerajaan yang telah diswastakan
-       Menyediakan perkhidmatan penerbangan penumpang dan perkhidmatan kargo dalam dan luar negeri
-       Ada penerbangan khas untuk mengangkut jemaah haji

Jabatan Penerbangan Awam (DCA)
-       Peranannya;
·         Keluarkan lesen dan permit untuk semua jenis pengangkutan udara di Malaysia
·         Sediakan perkhidmatan trafik udara
·         Sediakan bantuan penerbangan dan kejuruteraan
·         Sediakan khidmat bomba dan keselamatan
·         Adakan hak pendaratan dan perjanjian penerbangan dengan negara lain
·         Sediakan pembangunan lapangan erbang
·         Sediakan khidmat kecemasan



Sebab Tambang Pengangkutan Laut Lebih murah daripada Pengangkutan lain
-       Boleh bawa barang lebih banyak
-       Kurang guna bahan api berbanding kapal terbang
-       Tiada kos penyelenggaraan sebab jalan air tidak perlu diselenggarakan / dibaiki
-       Persaingan hebat antara jenis-jenis kapal mengurangkan kadar tambang
-       Kos overhed seperti gaji pekerja rendah sebab tidak ramai pekerja berbanding kapal terbang
-       Lambat sampai

SALURAN PAIP
-          cara hantar barang jenis cecair dan gas seperti  air, petrolium , gas asli dan gas memasak melalui batang paip
Kebaikan
-          Barang selamat daripada risiko kecurian
-          Barang segera sampai
-          Jimat kos pengangkutan kerana tidak guna bahan api
-          Kos penyelenggaraan rendah sebab kurang berlaku kerosakan
Kekurangan
-          Kos pemasangan saluran paip tinggi
-          Penggunaannya terhad kepada barang cecair dan gas seperti petrolium, gas dan air
-          Kebocoran mengganggu penggunaan dan sukar dibaiki
Petrolium Nasional Berhad (PETRONAS)
-          Mendapat hak eksklusif / istimewa untuk cari gali, proses dan pasarkan petrolium dan gas di Malaysia
-          Terlibat dalam pembinaan saluran paip daripada Kertih, Trengganu ke Segamat, Johor dan  Singapura
-          Peranan / objektif:
·         cari gali, mengeluar dan mentadbir semua petrolium negara
·         pastikan bekalan petrolium dan hasil petrokimia mencukupi dan pada harga berpatutan
·         galakkan penglibatan bumiputera dalam industri berasaskan petrolium
·         menasihat kerajaan dalam hal ehwal petrolium dan petrokimia

Pengkontenaan
-          sistem hantar barang guna kontena
           kontena ialah peti logam mempunyai ukuran piawai
-          Kebaikan guna kontena:
           ·         Jimatkan masa
                                 kerja pemunggahan cepat
                                 barang diangkut sekali gus sebagai satu unit
           ·         Jimatkan tenaga buruh
                                 kurang kerja pemunggahan
                      barang dipunggah menggunakan jentera khas / kren / forklif
           ·         Kurangkan barang rosak / selamat
                                 terhindar daripada kesan cuaca
           ·         Kurangkan  kecurian sebab kontena dikunci
           ·         Kurangkan kos seperti kos insurans, kos angkutan dan kos gudang
                      kerana pengangkutan sepadu
           ·         Memudahkan hal dokumentasi
           ·         Boleh guna sistem pengangkutan TIR
                                 kontena tidak perlu diperiksa di negara perantara

-          Kekurangan  guna kontena:
           ·         Kos bina kontena tinggi
           ·         Perlukan peralatan khas seperti kren
           ·         Tidak sesuai bawa barang pukal seperti kayu balak, batu bata
           ·         Perlukan sistem pengangkutan bersepadu

Faktor-faktor Pemilihan  Jenis Pengangkutan
·         Kos pengangkutan
           -          jika ingin jimat kos, pilih pengangkutan yang murah
           -          contoh:   Dalam Negeri          -  gunakan  lori, keretapi
                                    Luar negeri   -  gunakan  kapal
·         Jenis  barang yang dibawa
           -    jika cecair (petrolium, susu getah) -   gunakan pengangkutan khas  seperti lori tangki, kapal
                      tangki
           -    jika mudah rosak (daging, sayur, bunga) -   gunakan pengangkutan yang dilengkapi dengan                  
                      penyetoran sejuk
           -   jika dalam negeri -  gunakan  van, lori
           -   jika luar negeri  - gunakan kapal terbang, kapal

·         Jarak perjalanan
           -    jika dekat -   dalam negeri  -  gunakan lori, van
           -    jika jauh  -   dalam negeri  -  gunakan keretapi
                               -   luar negeri     - gunakan  kapal (jimat kos berbanding kapal terbang)
·                                  Kuantiti, berat dan saiz barang
          -    jika banyak dan pukal   -        dalam negeri -  gunakan keretapi
                                      -    luar negeri    -  gunakan kapal kerentan
          -    jika sedikit         -        dalam negeri -  gunakan lori
                                      -        luar negeri    -  gunakan kapal kargo

·         Kesegeraan
           -    jika ingin cepat  (ubat, alat ganti, surat khabar)     -  gunakan kapal terbang, helikopter
       
·         Risiko kerosakan
           -    jika barang mudah pecah (kaca, tembikar)   -  perlu pembungkusan rapi                                                                          
                      dan gunakan van
           -    jika barang mudah rosak (daging, ais krim)  - gunakan van ada awet                                                                                                
                      dingin / setor sejuk


·         Nilai barang yang dibawa
          -    jika barang mahal (emas, wang)       -  dalam negeri, gunakan van dengan                                                                      
                      ciri keselamatan
                                                          -  luar negeri, gunakan kapal terbang
          -    jika barang murah (pasir, batu)         -  dalam negeri, gunakan lori, keretapi
           -  luar negeri, gunakan kapal kerentan

Kembali ke List Nota Perdagangan SPM | Siri Nota Perdagangan Tingkatan 5 | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 |

ShareThis