Thursday 20 December 2012

Perdagangan Tingkatan 4 : Bab 7: Pelaburan




BAB 7 : PELABURAN

a} Maksud Pelaburan.

     Pelaburan ialah suatu tindakan menangguhkan penggunaan wang pada masa
     ini dengan harapan untuk mendapatkan pulangan pada masa hadapan.

b) Perbezaan di antara Pelabur dan Spekulator.

                  Pelabur
                 Spekulator
1. Membeli syer untuk mendapatkan
    pulangan dalam bentuk dividen/syer
    bonus.
 1. membeli syer pada harga rendah
    dan jual pada harga yang tinggi
    untuk mendapatkan keuntungan.
2. Beli syer untuk disimpan dalam
   jangka masa panjang dengan
   harapan prestasi syarikat berkem-
   bang dan harga syernya naik.
2. Membeli dan menjual syer dalam
   jangka masa singkat untuk
   mendapatkan keuntungan daripada
   perbezaan harga.
3. Penglibatan pelabur mencergaskan
    pasaran saham dan mengukuhkan
    harga pasaran.
3. Penglibatan Spekulator melemahkan
    pasaran saham kerana harga saham
    turun dan naik dengan tidak
    menentu.
4. Pelabur sentiasa berhati-hati
   melakukan analisis kewangan dan
   memperolehi maklumat prestasi
   syarikat sebelum membeli saham
   syarikat.
4. Spekulator sentiasa membuat
    ramalan sesuatu harga syer.
   Tindakannya dipengaruhi khabar
   angin, sikapnya keterlaluan boleh
   menjejaskan pasaran saham.


JENIS PELABURAN.

a) Akaun Simpanan Tetap/Akaun Pelaburan.

-          melabur di bank/institusi kewangan.
-          Pelaburan tanpa risiko.
-          Keuntungan rendah.
-          Menyimpan untuk suatu tempoh tertentu.
-          Kelebihan :
                     1. Pulangan tetap.
  2. Simpanan selamat.
  3. Simpanan boleh dikeluarkan atas permintaan.

b) Harta Tanah.

-          Contoh : Pembelian seperti tanah, kedai/pejabat, rumah, ladang dsb.                                              
                  mendapat pulangan dalam bentuk keuntungan modal dan
                  pendapatan semasa.

c) Saham.

-          pelaburan yang dibuat oleh Sy. Berhad untuk mendapatkan pulangan dalam bentuk dividen atau bonus.
-          Tujuan Syarikat Berhad menerbitkan saham ialah untuk mengumpulkan modal bagi mengembangkan syarikat.
     -   2  jenis iaitu :   (i)  Saham disenaraikan.
                                    -  saham syarikat diurusniagakan di pasaran saham.
                             (ii)  Saham tidak disenaraikan.
                               - saham yang tidak diurusniagakan di pasaran saham
                                 secara rasmi.

(i).  Jenis Saham.

     Perbezaan di antara syer biasa dengan syer keutamaan.

   
            Syer Biasa.
1.  Kadar dividen sentiasa berubah
     mengikut keuntungan syarikat.
2.  Pemegang syer menerima dividen
    setelah pemegang syer keutamaan
    menerima dividen mereka.
3. Pelabur berhak mengundi untuk
   memilih Lembaga Pengarah di dalam
   mesyuarat agung tahunan.
4. Pihak terakhir untuk menuntut balik
   modal jika  syarikat dibubarkan.


       Syer Keutamaan.
1. Kadar dividen ditetapkan oleh
    syarikat setiap tahun.
2. Pemegang syer dibayar dividen
   terlebih dahulu daripada pemegang
   syer biasa.
3. Pelabur tidak berhak mengundi.
4. Diberi keutamaan menuntut balik
   modal jika syarikat dibubarkan.
   

Syer keutamaan dibahagi kepada 4 jenis :

Kumalatif.
- dibayar dividen semasa dan tunggakan dividen jika syarikat rugi pada
       tahun kewangan lepas.

Penyertaan.
-          kadar dividen tetap dan dividen tambahan dibayar selepas pembayaran dividen kepada pemegang syer biasa.

Boleh Tebus.
-          Harga syer ditetapkan semasa syer itu diterbitkan.
-          Syer ini boleh dibeli oleh syarikat pada jumlah harga tertentu selepas suatu tempoh masa.

Boleh tukar.
      -  Syer yang boleh ditukar kepada syer biasa.
      -  Pemegang syer akan terima faedah sepertimana pemegang syer biasa.    

          (ii) Pulangan atas saham.
-               dalam bentuk syer bonus, dividen dan keuntungan modal.


Contoh Pengiraan Pulangan Daripada Bidang Pelaburan.

Kes  Puan Salmi memiliki 5000  8% syer keutamaan bernilai RM 2.00 seunit. 5000 syer biasa bernilai RM 1.00, dan RM 3000 debentur pada kadar faedah 6% dalam Syarikat  ABC Bhd. Bagi tahun berakhir 31 Disember, 2003, syarikat itu telah mengistiharkan pembayaran dividen
12 % terhadap syer biasa.
Kirakan jumlah pendapatan Puan Salmi daripada pelaburannya pada tahun 2003.

Cara Pengiraan :

i).   Pendapatan dari syer keutamaan.
                   5000 x RM 2.00 x 0.08  =  RM 800.00

ii)   Pendapatan dari syer biasa.
5000 x RM 1.00 x 0.12  =  RM 600.00

iii)  Pendapatan dari Debentur.
RM 3000 x  0.06            =  RM 180.00
       
iv)  Jumlah Pendapatan.
                   RM 800.00 + RM 600.00 + RM 180.00 = RM 1580.00



iii)          Peranan Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

1.            Mewujudkan peluang pasaran bagi saham.
            – BSKL menyediakan tempat untuk memudahkan pelabur
                      menjalankan urusniaga syer.

2.            Menyebarkan maklumat  kewangan syarikat kepada orang lain. - melalui media massa tentang kedudukan kewangan
                                 sesebuah syarikat.

3.            Melindungi kepentingan para pelabur.
dengan cara :-
-  mengenakan syarat-syarat penyeneraian yang ketat.
                             -  mewajibkan broker menyumbang wang tertentu kepada
                                Tabung Jaminan Setia untuk dibayar pampasan kepada
                                para pelabur yang tertipu.
                        -  mewajibkan semua syarikat awam menerbitkan maklumat          
                           tentang operasi, prestasi keuntungan untuk pengetahuan
                            para pelabur.

4.            Menjalankan urusniaga saham.
- untuk memudahkan pelabur menjual syer dan perolehi
                          Wang tunai pada bila-bila masa.

5.            Membantu mengumpulkan modal daripada orang ramai untuk pembangunan negara.

6.            Menimbulkan minat melabur di kalangan orang ramai dengan menganjurkan pelbagai program.


                             Faktor – faktor Yang Mempengaruhi Harga Saham.

1.            Keadaan ekonomi Negara.
- Jika ekonomi kukuh, pelaburan meningkat, maka harga
                          Saham naik dan sebaliknya.

2.            Keadaan Politik.
- Jika politik stabil, pelaburan meningkat, harga saham naik
                          dan sebaliknya.

3.            Aktiviti Spekulasi.
-Spekulator yang membeli dan menjual syer akan
 Mempengaruhi turun naik harga syer.

4.            Kualiti Pengurusan dan Prospek Syarikat.
- Syarikat yang mempunyai pengurusan yang cekap
                          menyebabkan harga saham naik dan sebaliknya.

5.            Dasar kewangan dan kadar faedah yang dilaksanakan oleh BNM.
- Jika kerajaan menggalakkan penawaran wang di              
                          pasaran, maka BNM akan mengurangkan kadar faedah
                          pinjaman.
                        - Ini mengggalakkan orang ramai meminjam untuk membuat
                          pelaburan. Maka harga saham meningkat dan sebaliknya.

Cara Membeli dan Menjual Saham.

Bagi saham yang tidak disenaraikan di BSKL ialah melalui broker saham.
Bagi menjual saham tersenarai di BSKL seperti berikut :
(i).     Penjual hubungi broker untuk memberitahu butir-butir saham yang
          hendak dijual.
     (ii).     Broker menghantar maklumat tersebut di bilik padanan diBSKL.
     (iii).    Tawaran tersebut dipadankan dengan senarai pembeli sedia ada.  
              Jika wujud persetujuan antara pembeli dengan penjual maka
              Urusniaga berlaku.

d)   Unit Amanah.

-          Sejenis pelaburan yang mengumpul wang dari orang ramai.
-          Diuruskan oleh pengurus professional.
-          Sesuai untuk pelabur-pelabur kecil.
-          Risiko kerugian rendah.
-          Pelaburan Unit Amanah terdiri daripada Amanah Saham, Amanah Harta tanah dan Gilts.

PANDUAN AM MELABUR.

1.            Pelabur perlu mendapat maklumat lengkap tentang bidang pelaburan yang ingin diceburi.

2.            Pastikan keuntungan maksimum boleh diperolehi samada melalui kadar faedah, dividen dan keuntungan ke atas modal.

3.            Mengambilkira risiko dalam pelaburan. Jika pelabur kurang mahir, boleh melabur dalam pelaburan yang kurang risiko
         dan sebaliknya.

                4.       Modal sedia ada. Sekiranya pelabur bermodal kecil sesuai
                         melabur dalam pelaburan berisiko rendah seperti Unit Amanah
                         atau di bank.

      5.       Kecairan ialah sesuatu aset mudah ditukar kebentuk wang
 tunai.            
                    Contoh : aset mudah cair – simpanan di bank.
                                       aset tidak mudah cair – harta tanah.

3 comments:

  1. Nota Ringkas Ini Membantu Saye dapat tempat ke-2 dalam quiz perdagangan peringkat daerah...terima kasih

    ReplyDelete
  2. Memang terbaik.
    Dah lama cari

    ReplyDelete

ShareThis


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork