Thursday, 20 December 2012

Perdagangan Tingkatan 4 : Bab 4: Perniagaan Antarabangsa


BAB 4 : PERNIAGAAN ANTARABANGSA.

Maksud Perniagaan Antarabangsa.

- kegiatan jual beli antara penduduk sebuah negara dengan penduduk negara lain.
- ia terdiri daripada tiga cabang utama iaitu import, eksport dan entrepot.
- Ketiga-tiga dikategorikan kepada dua jenis iaitu nyata dan tak nyata.

Faktor Wujudnya Perniagaan Antarabangsa.

-     Perbezaan sumber alam semulajadi.
·         sumber alam, jenis iklim dan tanah yang dikurniakan berbeza
·         sebuah negara mengimport barang yang tidak dapat dikeluarkan olehnya

-          Perbezaan kos pengeluaran.
·         sebuah negara menumpu kepada pengeluaran barang yang dihasilkan dengan kos paling
           minima berbanding negara lain.
·         barang yang tidak dapat dihasilkan secara efektif akan diimport

-          Perbezaan tingkat teknologi
·         Tingkat teknologi yang tinggi membolehkan proses pengeluaran dilakukan dengan
          kos lebih rendah dan menghasilkan produk berkualiti tinggi.

-          Hubungan antarabangsa.
·         interaksi antara negara mewujudkan kehendak serentak antara pembeli dan penjual.
·         hubungan diplomatik mewujudkan perniagaan antara negara-negara di dunia

Kepentingan Perniagaan Antarabangsa Kepada Pengguna, Pengeluar dan Negara

-          Kepentingan Kepada Pengguna

·         Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
- sesebuah negara tidak dapat mengeluarkan semua barang untuk
  memenuhi  keperluan dan kehendak pengguna yang tidak terhad.
- Barang yang tidak ada dalam negara perlu diimport.

·         Mempelbagaikan pilihan pengguna.

          - Setiap pengguna mempunyai cita rasa yang berbeza.
          - Pilihan pengguna tidak lagi terhad kerana banyak jenis barangan di
            pasaran.

·         Kewujudan barang berkualiti pada harga rendah.

          - Pasaran yang lebih luas membolehkan pengkhususan diamalkan dan pengeluaran skala besar
          dijalankan.
          - Kos pengeluaran diminimumkan dan harga lebih rendah.
          - Barangan import lebih bermutu dipasarkan yang mendorong pengeluar tempatan
          - meningkatkan mutu keluarannya untuk bersaing.
          - Pengguna dapat menikmati barang berkualiti tinggi pada tahap harga yang rendah.

·         Meningkatkan taraf hidup.

          - ia dapat memenuhi kehendak pengguna
          - mempelbagaikan pilihan pengguna
          - menikmati barang berkualiti pada harga rendah
          - menikmati keselesaan hidup daripada barang yang digunakan
          - memenuhi cita rasa pengguna

·         Menambahkan peluang pekerjaan.

          - perniagaan eksport, import dan entreport memerlukan tenaga kerja yang mencukupi supaya
          kerja berjalan dengan lancar.

·         Menambahkan pengetahuan dan pengalaman
          - pengguna terdedah kepada pelbagai pertukaran teknologi dan ilmu pengetahuan dari negara lain.

-          Kepentingan Kepada Pengeluar

          ·         Pasaran yang lebih luas
                    - kuantiti jualan meningkat dan keuntungan bertambah kerana barangan dapat dieksport ke
                    pasaran dunia yang lebih luas.



          ·         Pengeluaran berskala besar
                    - pengeluar mengkhusus dalam pengeluaran yang ada kecekapan dan kepakaran
                    - pengeluar menjalankan pengeluaran besar-besaran kerana pasaran luas
                    - firma tempatan akan berusaha menurunkan kos pengeluaran,
                      meningkatkan keuntungan ,operasi lebih cekap dan efektif, keluaran lebih
                     berdaya saing dan mencapai ekonomi bidangan

          ·         Pertukaran pengetahuan dan teknologi
                    - hubungan dua hala menggalakkan pertukaran maklumat, pengetahuan dan teknologi
                    - pengeluar dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti keluaran

          ·         Lebih banyak sumber bekalan diperoleh
                    - pengeluar dapat mencari bekalan bahan mentah dengan mudah
                    - bahan mentah yang tidak ada dalam negara dapat diimport bagi
                      membolehkan proses pengeluaran berterusan

          ·         Menjimatkan kos dan meningkatkan kualiti barang
                    - ekonomi mengikut skel dinikmati kerana pasaran luas.
                    - kos yang dijimatkan digunakan bagi meningkatkan kualiti barangan

-          Kepentingan Kepada Negara

          ·         Menambahkan pendapatan negara dan hasil kerajaan
                    - melalui duti kastam ke atas import dan eksport
                    - cukai pendapatan ke atas keuntungan
                    - kerajaan menambah peruntukan untuk projek pembangunan negara

          ·         Memupuk persefahaman dan kerjasama antarabangsa
                    - hubungan dua hala yang baik terjalin dalam aspek ekonomi, social, politik,    kebudayaan
                    dan teknologi

          ·         Mendapat pertukaran asing
                    - kegiatan eksport menyebabkan mata wang asing mengalir masuk
                    - pendapatan meningkat dan ekonomi kukuh akibat daripada imbangan dagangan lebihan

          ·         Mengurangkan pengangguran
                    - pertumbuhan sector pembuatan dan perkhidmatan mewujudkan banyak peluang
                    pekerjaan

          ·         Mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan kepakaran
                    - mengimport bahan mentah dan kepakaran dari negara lain

          ·         Meningkatkan imbangan pembayaran negara
                    - penerimaan pembayaran eksport nyata dan tak nyata menyebabkan pengaliran masuk modal
                    - imbangan pembayaran positif

Perbandingan Perniagaan Dalam Negeri dan Perniagaan Antarabangsa

-          Persamaan Perniagaan Dalam Negeri dan Perniagaan Antarabangsa

          ·         Urusniaga yang berasaskan pertukaran
                    - melibatkan penjual dan pembeli bersetuju bertukar barang
                    - nilai pertukaran diukur dengan mata wang

          ·         Matlamat untuk mencari keuntungan
                    - ganjaran kepada pengusaha perniagaan

          ·         Memenuhi keperluan dan kehendak manusia
                    - menerusi proses jual beli

          ·         Mengamalkan pengkhususan
                    - guna pendekatan terbaik untuk menikmati ekonomi bidangan

          ·         Memerlukan factor-faktor pengeluaran yang sama
                    - gunakan modal, tanah, buruh dan usahawan untuk beroperasi dengan lancar

          ·         Memerlukan bantuan perniagaan yang sama
                    - melibatkan kegiatan mengagih barangan kepada pengguna akhir maka bantuan perniagan digunakan

-          Perbezaan perniagaan dalam negeri dengan perniagaan antarabangsa

Perniagaan Dalam Negeri

1. ia merangkumi aktiviti borong dan runcit
2. jenis pengangkutan yang biasa digunakan ialah kereta api, lori, van
3. tidak wujud banyak sekatan kepada peniaga
4. Aktivitinya hanya dijalankan dalam negeri sahaja
5. Melibatkan penggunaan satu jenis mata wang saja
6. perniagaan ini menghadapi tingkat risiko yang lebih rendah
7. melibatkan penggunaa dokumentasi yang lebih mudah berbanding perniagaan antarabangsa


Perniagaan Antarabangsa
1. ia merangkumi aktiviti import, eksport dan entreport
2. jenis pengangkutan yang biasa digunakan ialah kapal laut atau kapal terbang
3. wujud pelbagai sekatan perdagangan antarabangsa seperti tariff, kuota,  embargo
4. Aktivitinya merentasi sempadan Negara
5. melibatkan penggunaan pelbagai mata wang asing
6. Perniagaan ini menghadapi tingkat risiko yang lebih tinggi
7. melibatkan penggunaan dokumentasi yang lebih rumit

Maksud Perniagaan Import, Eksport dan Entreport

-          Perniagaan import        – membeli barang atau perkhidmatan dari
                                          negara lain
-          Perniagaan eksport      – menjual barang dan perkhidmatan kepada          
                                          negara lain
-          Perniagaan entreport    – aktiviti mengimport barang dari negara
                                         asing, diproses atau disimpan dan dieksport
                                          semuala ke negara lain
-          Import nyata               - membeli barang berbentuk fizikal dari negara
                                         luar
-          Import tak nyata         - membeli perkhidmatan yang ditawarkan oleh
                                         negara luar
-          Eksport nyata              - menjual barang berbentuk fizikal ke negara                                              
                                            yang lain
-          Eksport tak nyata         - menjual perkhidmatan yang disediakan oleh
                                         rakyat  tempatan kepada negara luar
-          Untuk meningkatkan nilai barang – peniaga entreport memproses semuala barang import
                                            sebelum dieksport

Prosedur Import dan Eksport

-          Prosedur import

1. Mematuhi kehendak undang-undang Akta Kastam 1967 – mengawal pengimportan jenis barang

2. Membuat pesanan
Inden
·         menghantar surat pesanan kepada pengeksport
·         pengimport dapatkan surat jaminan kredit dari bank atas nama  
·         pengeksport
·         surat kredit dihantar bersama inden
·         pengimport tunggu pengesahan pengeksport
Saluran import
·         secara langsung
·         berhubung terus tanpa orang tengah dengan kemudahan komunikasi dan barang juga dihantar terus kepada pengimport
·         pejabat cawangan    
·         kepunyaan pengeksport terletak di Negara pengimport atau pengeksport
·         ejen import                                                    
·         khusus import barang, dibayar komisen mengikut kuantiti barang diimport
·         saudagar import                                              
·         orang tengah yang mengendalikan hal teknikal untuk menjaga kepentingan pengeksport dan Pengimport
·         lain-lain          
·         ejen pengembara melalui ekspo, pameran dan rombongan perdagangan

3. Menerima bil muatan dan menjelaskan bayaran
pengimport menunggu ketibaan bil muatan, invois eksport, surat jaminan
kredit dan bil perintah bayar yang dihantar menerusi bank selepas bayaran
dibuat

4. Memenuhi keperluan Akta Kawalan Pertukaran Wang Asing 1953 bayaran import memenuhi akta
bayaran ke luar negara melebihi RM10 000 mesti mendapat persetujuan pihak berkuasa
Borang KPW – membeli mata wang asing
Borang KPW2-memindahkan mata wang ringgit ke luar Negara

Ketibaan barang import di pelabuhan dan membuat persiapan menerima barang

     i.    syarikat perkapalan hantar notis pemberitahuan kepada pengimport tentang
    ii.    tarikh ketibaan kapal di pelabuhan

Menuntut barang dan membiayai duti kastam

     i.    bil muatan, lessen import, sijil insurans dan invois eksport disediakan
    ii.    pengimport untuk pihak kastam
   iii.    barang tidak bercukai – pengimport isi borang kemasukan barang percuma
   iv.    barang bercukai – borang kemasukan barang bercukai
    v.    kemasukan untuk kegunaan dalam negeri – bawa keluar barang serta-merta
   vi.    lepas bayar duti kastam
 vii.    kemasukan untuk pergudangan – menangguh bayar cukai – simpan dalam
viii.    gudang berbon

Memeriksa barang dan mengangkut barang keluar dari pelabuhan

     i.    periksa barang pasti tiada kerosakan
    ii.    kerosakan yang tidak tercatat dalam bil muatan – tuntut ganti rugi daripada
   iii.    syarikat insurans

1.   Prosedur Eksport

1. Mencari pasaran dengan menjalankan penyelidikan pasaran
- cari bakal pengimport
- tubuhkan pejabat di luar negara

2. Penerima inden dan melaksanakan arahan dalam inden
- penuhi pesanan
- rujuk borang inden – con. Jenis dan kuantiti barang

3. Menempah ruang kargo dalam kapal atau kapal terbang
- tempah melalui ejen
4. Menghantar barang ke pelabuhan
- sediakan barang

5. Mengurus pelbagai prosedur kastam
- mematuhi peraturan kastam
- isi borang dan bayar cukai

6. Menyediakan dokumen berkaitan yang diperlukan
- sediakan dokumen mengeksport – invois consular, bil muatan,
  sijil asal usul

7. Memuatkan barang ke dalam kapal
- dari dermaga/tongkang ke dalam kapal

8. Menuntut bayaran daripada pengimport
- pengeksport sedia bil perintah bayar/kredit berdokumen untuk
       tuntut bayaran

Halangan Dalam Perniagaan Antarabangsa

Prosedur kastam dan pelbagai sekatan perniagaan
- setiap Negara berbeza peraturan

Penggunaan mata wang yang berlainan
- kadar pertukaran mata wang sentiasa berubah
- menjejaskan untung

Penggunaan bahasa yang berlainan
- komunikasi dan dokumen berbeza bahasa

Risiko yang tinggi
- barang hilang / rosak dalam perjalanan

Cara pembayaran yang berbeza
- cara bayaran merumitkan
- perlu isi borang
- kebenaran kerajaan untuk pindah wang yang banyak

Keadaan politik
- peperangan mengganggu – berniaga dengan Iraq

Masalah sukatan dan timbangan
- sistem sukatan dan timbangan berbeza di antara negara

Dokumentasi yang rumit
- banyak pihak yang terlibat memerlukan penggunaan dokumen yang pelbagai
Standard dan syarat import
- ada negara ketatkan syarat – contoh. Malaysia perlu sijil asal usul barang

Kesukaran mendapat maklumat
- terpaksa menjalankan kajian yang kosnya mahal

Mengatasi Halangan Perniagaan Antarabangsa

- wujudkan kerjasama perniagaan antara dua negara
- buat promosi di luar negara melalui ejen yang dilantik
- beli insurans untuk melindungi risiko barang yang rosak/hilang
- barang yang dikeluarkan berkualiti
  memenuhi cita rasa/kehendak orang luar
- dapatkan bantuan kerajaan
  pengurangan cukai/bantuan promosi

Dokumen Perniagaan Antarabangsa

·         Dokumen Perniagaan

- Inden       - pesanan bertulis
                    - pengimport kepada pengeksport
                    - inden terbuka – nama pengeluar tidak ditetapkan
                   -inden tertutup – nama pengeluar ditetapkan

- Invois Eksport
                   - menyerupai invois perdagangan dalam negeri
                   - 2 salinan
                   - 1 salinan disertakan bil muatan dihantar kepada
                             pengimport bila barang dikirim
- Invois Konsular
                   - dikeluarkan oleh pengimport
                   - kebenaran membawa masuk barang import oleh
                   pengeksport
                   - didapati di pejabat konsul/kedutaan negara pengimport
                   - 3 salinan – syarikat perkapalan, pihak konsul, pihak kastam
                   - invois proforma – harga masih tidak ditentukan

- Sijil Asal Usul
          - maklumat negara asal barang
          - dikeluarkan oleh dewan perdagangan/kementerian perniagaan
     - dikeluarkan pengeksport kepada kastam negara pengimport

·         Dokumen Pengangkutan

          - Bil Muatan
               - dikeluarkan oleh syarikat perkapalan
               - barang dieksport dengan kapal
               - ditandatangani nakhoda kapal – mengesahkan barang ke kapal
               - ia dokumen hak milik untuk dapat kredit berdokumen dari bank
               - bil kotor – merekod kerosakan
               - bil bersih – barang tiada kerosakan
               - 5 salinan – nakhoda kapal, syarikat perkapalan, pengeksport, pengimport

          - Bil Udara    
                    - barang dibawa dengan kapal terbang
                    - dikeluarkan oleh syarikat penerbangan
                    - bukan dokumen hak milik
                    - fungsi – bukti penerimaan, bukti kontrak, nota makluman, nota serahan
                    - 3 salinan – pengeksport, syarikat penerbangan, pengimport

          - Nota Perkapalan
                   - dihantar oleh syarikat perkapalan kepada lembaga pelabuhan
                   - tujuan – meminta pihak pelabuhan memunggah barang ke
                      dalam kapal yang dinamakan

·         Dokumen Insurans

          - Polisi Insurans
               - dikeluarkan oleh syarikat insurans
               - barang dilindungi daripada segala risiko
               - pengimport buat tuntutan ganti rugi daripada syarikat insurans
               - penting untuk dapat pinjaman/kredit berdokumen dan untuk
                 dimuatkan ke dalam kapal
               - bayaran polisi – pengimport/pengeksport

·         Dokumen Kastam
          - Borang Perakuan Kastam
                        - barang tidak boleh dibawa masuk jika duti tidak dibayar

·         Dokumen Pembayaran

          - Bil Perintah Bayar
              - alat pembayaran
              - pengeksport kepada pengimport untuk ingat bayaran

          - Kredit Berdokumen
          - surat kredit yang dikeluarkan oleh pengimport
          - bank menjamin akan membayar segala bil yang dituntut oleh
           pengeksport

          - Surat Cagaran
              - dihantar oleh pengeksport kepada bank pengimport
              - bank pengimport diberi kuasa untuk menjual barang jika
                 pengimport gagal membayar/enggan menerima barang

No comments:

Post a Comment

ShareThis