Kembali ke List Nota Perdagangan SPM | Siri Nota Perdagangan Tingkatan 5 | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 |
BAB 5: PERGUDANGAN
1. Maksud pergudangan
- aktiviti simpan barang sebelum di bawa ke pasaran
2. Enam peranan pergudangan
Jamin bekalan barang berterusan
- bagi barang bermusim seperti padi
Bantu stabilkan harga barang
- selaraskan permintaan dan penawaran
Elakkan kerosakan dan pembaziran
- barang mudah rosak seperti ikan/ daging dapat disimpan dalam gudang penyetoran sejuk
Jamin keselamatan barang
- gudang dilengkapi dengan alat penggera kecurian/kebakaran
Bolehkan aktiviti pecah pukal dilakukan
- seperti menyukat/menggred
Membantu perniagaan antarabangsa
- tempat simpanan sementara untuk barang import @eksport/ simpan barang import yang cukainya belum dibayar
3. Kelebihan gudang berbon kepada peniaga
- Boleh tangguhkan pembayaran cukai import
- Boleh bayar cukai secara beransur-ansur
- Elakkan modal pusingan terikat dengan stok
- Boleh cagarkan barang untuk pinjaman
4. Kelebihan gudang berbon kepada kerajaan
- mudahkan kutipan cukai
- menjadi sumber maklumat kepada data import dan eksport
- dapat atasi masalah elak cukai dan penyeludupan
- dapat kawal kemasukan barang larangan
5. Enam ciri gudang yang baik
Lokasi strategik
- berhampiran dengan pembekal/peruncit
- terletak di lapangan terbang / pelabuhan
- terletak di tempat mempunyai sistem pengangkutan/komunikasi yang baik
Ruang yang mencukupi dan susun atur yang kemas
- mudah lakukan aktiviti pecah pukal
- mudah guna kenderaan pengangkut seperti fork-lift
- mudah pembeli meneliti barang yang dipamerkan
Mempunyai peralatan mencukupi/canggih
- seperti trak angkut susun (fork-lift)/tali sawat penyampai (conveyor belt)
Mempunyai ciri keselamatan
- seperti sistem penggera kebakaran/alat pencegah kecurian
Pengurusan gudang yang cekap
- mempunyai kakitangan yang mahir
- mempunyai sistem maklumat berkomputer
Kesesuaian gudang dengan jenis barang
- barang mudah rosak seperti ais krim /ikan disimpan dalam gudang penyetoran sejuk
6. Jenis-jenis gudang
1.Gudang pengilang
Milikan - Pengilang
Lokasi - Berhampiran kilang
Jenis barang yang disimpan - Bahan mentah dan barang siap
2.Gudang pemborong
Milikan - Pemborong
Lokasi - Berhampiran pembekal/peruncit
Jenis barang yang disimpan - Barang siap yang dibeli secara pukal
3.Gudang peruncit
Milikan - Peruncit besar-besaran seperti pasar raya/ gedung aneka jabatan
Lokasi - Berhampiran premis perniagaannya
Jenis barang yang disimpan - Barang siap yang dibeli secara pukal
4.Gudang kerajaan
Milikan - Agensi kerajaan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) / Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) / Padiberas Nasional Berhad (BERNAS)
Lokasi - Terletak di kawasan yang sesuai dengan penubuhannya .
Jenis barang yang disimpan -
Contoh: Gudang FAMA di kawasan pertanian/ Gudang LKIM di kawasan pendaratan ikan/ gudang BERNAS di kawasan penanaman padi
Barang-barang yang berkaitan dengan agensi tersebut.
Contoh:
Gudang FAMA – barang pertanian/ Gudang LKIM – ikan/ Gudang BERNAS - beras
5.Gudang berbon
Milikan -
(a) Gudang kastam – milik kerajaan
(b) Gudang berlesen – milik swasta
Lokasi - Di lapangan terbang /pelabuhan
Jenis barang yang disimpan - Barang bercukai yang belum dijelaskan cukainya
6.Gudang Sejuk
Milikan - Pengeluar/ pemborong/ syarikat swasta / agensi kerajaan
Lokasi - Berhampiran dengan tempat pengeluaran/ di lapangan terbang/ pelabuhan
Jenis barang yang disimpan - Barang mudah rosak seperti ikan /daging
Kembali ke List Nota Perdagangan SPM | Siri Nota Perdagangan Tingkatan 5 | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 |
No comments:
Post a Comment