Thursday, 20 December 2012

Perdagangan Tingkatan 5 : Bab 2: Insurans

Kembali ke List Nota Perdagangan SPM | Siri Nota Perdagangan Tingkatan 5 | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 |

BAB 2: INSURANS

ISTILAH DALAM INSURANS

Insurer         -        Syarikat insurans yang memberi perlindungan
Insured         -        Orang yang membili polisi insurans
Premium       -        Bayaran yang dijelaskan oleh insured untuk
Dapatkan perlindungan
Polisi            -        Perjanjian antara insurer dan insured
Pampasan     -        gantirugi yang dibayar jika berlaku risiko



PERANAN INSURANS

Kepada Peniaga
Melindungi dari risiko
Dapat pampas an jika risiko berlaku
Lebih yakin untuk majukan perniagaan

Kepada Individu
Melindungi individu dan keluarga dari risiko
Jaminan masa depan
Dapat pampasan jika berlaku risiko
Satu cara menabung
Jika mati – waris dapat pampasan

Kepada negara
Membangunkan ekonimi negara
Wang premium dilabur untuk bangunkan ekonimi
Atau untuk beli bon
Memberi peluang pekerjaan
Taraf hidup rakyat meningkat


SYARIKAT INSURANS BOLEH BAYAR GANTI RUGI BESAR WALAUPUN PREMIUM RENDAH KERANA:

·         Individu yang mungkin alami risiko yang sama berkumpul
·         Untuk menabung dalam satu dana
·         Jika berlaku risiko, sebahagian wang dari dana
·         Dikeluarkan untuk bayar pampasan
·         Lebihan wang dana dilabur
·         Bukan semua individu akan kena risiko
·         Yang ramai membantu yang sedikit


BEZA RISIKO BOLEH INSURANS DAN RISIKO TIDAK BOLEH INSURANS

RISIKO BOLEH INSURANS

Risiko boleh dikira secara statistik. Ada rekod kejadian lalu
Kadar premium boleh ditetapkan
Cth: Kebakaran,kecurian

RISIKO TIDAK BOLEH INSURANS
Tidak doleh dikira. Tiada rekod kejadian
Kadar premium sukar ditetapkan
Cth: Perubahan fesyen, hutang lapuk


PRINSIP-PRINSIP INSURANS

Kepentingan boleh diinsurans
Hanya boleh insuranskan nyawa/harta  yang akan sebabkan  kerugian jika berlaku risiko
Tidak boleh insuranskan hak orang lain
Untuk elakkan orang ambil kesempatan atas kesusahan orang lain

Penuh Percaya Mutlak
·         Insured mesti memberi maklumat benar
·         Insurer perlu terangkan polisi dengan jelas
·         Jika ada penipuan
·         Polisi terbatal

Indemniti
·         Untuk semua insurans kecuali insurans hayat dan kemalangan
·         Gantirugi dibayar setakat kerugian akibat risiko
·         Bukan untuk dapat untung


3 perkara yang diambilkira dalam indemniti:

a.           Sumbangan
·               Jika Insured ada 2 atau lebih polisi
·               Bila risiko berlaku – gantirugi dibahagi sama rata antara syarikat insurans
b.                                               Subrogasi
·               Selepas terima gantirugi
·               Aset adalah milik insurer
·               Insured tidak boleh tuntut lagi

c.            Doktrin punca hampiran
·               Gantirugi hanya dibayar
·               Jika risiko disebabkan secara langsung oleh
·               Risiko yang diinsuranskan

JENIS INSURANS

INSURANS AM
Insurans Kemalangan
Insurans kebakaran
Insurans marin/penerbangan/Perkapalan
Insurans lain

INSURANS HAYAT
Insurans hayat seumur Hidup
Insurans hayat sementara
Insurans endowmen

JENIS INSURANS KEMALANGAN

Insurans Kenderaan Bermotor
Dibahagi kepada 2 jenis:

i)            Insurans motor pihak ketiga
·         Melindungi insured dari tuntutan pihak ketiga
·         Pihak ketiga ialah pengguna jalanraya
·         Insured tidak boleh menuntut ganti rugi
·         Premium murah
·         Semua kenderaan wajib sekurang-kurangnya polisi ini

ii)           Insurans Motor Komprehensif
·         Melindungi insured dan pihak ketiga
·         Premium lebih mahal
·         Kenderaan yang disewa beli mesti ada polisi ini

Insurans Kemalangan Peribadi
·         Melindungi insured yang terlibat dalam kemalangan lain contohnya ditempat kerja.

Insurans Liabiliti Am
·         Melindungi pemilik perniagaan dari tuntutan orang awam
·         Jika risiko berlaku dipremis
·         Insurans Liabiliti Produk – melindungi pengeluar produk
·         Insurans Liabiliti Profesional- melindungi  dari tuntutan orang awam

Insurans Liabiliti Majikan
·         Melindungi majikan dari tuntutan pekerja yang cedera/mati semasa kerja
·         Premium dibayar oleh majikan
·         Majikan mencarum dalam Perkeso
-          Skim Pencen Ilat – perlindungan  pekerja hilang upaya yang bukan disebabkan pekerjaan
-          Skim bencana pekerjaan-  kemalangan tempat kerja

Insurans Kebakaran
·         Melindungi peniaga dari  risiko kebakaran
·         Premium bergantung kepada:
-          Jenis bangunan
-          Kedudukan bangunan
-          Kegunaan bangunan
-          Kemudahan  keselamatan disediakan
-          Tempoh lindungan

Insurans Hayat
Tujuan:
·         Menyediakan pendapatan kepada waris
·         Cara menabung untuk masa depan
·         Dapat balik simpanan dan bonus pada tarikh matang
·         Dapat pampasan jika risiko berlaku
·         Boleh buat pinjaman setelah beberapa tahun

JENIS POLISI INSURANS HAYAT

Insurans Hayat Seumur Hidup
Premium dibayar seumur hidup atau ada had tertentu
Pampasan dibayar kepada waris jika insured mati
Jika insured hilang upaya/kritikal – pampasan akan diberi
Beri perlindungan kepada waris

Insurans Endowmen
·         Bayar premium untuk tempoh tertentu
·         Jika tidak mati – wang dan bonus dapat balim pada tarikh matang
·         Jika mati awal pampasan dibayar pada waris
·         Satu cara menabung

Insurans hayat Sementara
·         Beri perlindungan mengikut tempoh
·         Jika mati waris dapat pampasan
·         Jika masih hidup premium hilang
·         Bukan satu cara menabung
·         Premium murah

Insurans Penerbangan
Beri perlindungan kepada kapal terbang /muatan/anak kapal dari risiko
Diambil untuk satu penerbangan atau satu tempoh tertentu
Untuk penumpang ada insurans berkelompok

Insurans Marin
Beri perlindungan kepada kapal/muatan/anak kapal dari risiko
Diambil untuk satu pelayaran atau satu tempoh tertentu
Jenis Insurans Lain:
·         Insurans Kecurian  - melindungi dari kecurian wang/harta
·         Jaminan Setia – melindungi majikan dari pekerja  tidak amanah
·         Insurans kesihatan – perlindungan dari kos hospital
·         Insurans pendidikan – membiayai belanja pendidikan anak
·         Insurans Gadaian – untuk  orang yang buat pinjaman

INSURANS SECARA ISLAM

KONSEP TAKAFUL:
-                Diuruskan berdasarkan hokum syariah
-                Guna 3 prinsip insurans biasa, ditambah:
a.       Mudharabah – Perkongsian untung
b.       Tabaruk – derma dengan ikhlas/wujud dana bersama

Dijalankan dengan asas:
·               Tiada Gharar – ketidakpastian
·               Tiada Maisir – perjudian
·               Tiada Riba – faedah

PRODUK SKIM TAKAFUL:
Takaful keluarga -  seperti insurans hayat
Takaful Am – perlindungan kepada risiko lain spt kebakaran, kecurian, kemalangan

TATACARA MEMBELI INSURANS:
Hubungi ejen
Dapatkan maklumat tentang polisi dan syarat
Dapatkan borang, Isi dengan ‘Prinsip Penuh Percaya Mutlak’
Turunkan tanda tangan setelah persetujuan dicapai
Bayar premium
Dapatkan nota lindungan
dapatkan polisi asal ( Dalam masa 1 bulan)

TATACARA MEMBUAT TUNTUTAN:
Bila risiko berlaku:
-          buat laporan polis, bomba/hospital
-          dapatkan dokumentasi sebagai bukti
Dapatkan borang tuntutan dari insurer. Isikan butir:
-          Bila / Bagaimana berlaku
-          Jumlah kerugian
Hantar borang kepada insurer berserta:
-          Polisi / dokumen hak milik/geran
-          dokumen bukti / gambar –jika ada
Insurer buat siasatan samada:
-          Jumlah tuntutan benar
-          Syarat dalam polisi dipatuhi
-          Wujud unsure pengkhinatan
Jika semua OK , pampasan dibayar.

Kembali ke List Nota Perdagangan SPM | Siri Nota Perdagangan Tingkatan 5 | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 |

No comments:

Post a Comment

ShareThis


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork