Kembali ke List Nota Perdagangan SPM | Siri Nota Perdagangan Tingkatan 5 | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 |
BAB 6: PROMOSI
1. Maksud Promosi
- satu proses memberitahu , memujuk dan mempengaruhi pelanggan
- menyedarkan pengguna tentang barangan
- menjadikan pengguna setia kepada barangan yang ditawarkan
2. Peranan Promosi
- Menyampaikan maklumat, memberitahu kewujudan barang dipasaran, maklumat spesifikasi barang, kegunaan, harga dan pengeluar
- Mewujudkan pasaran baru, menyedarkan pengguna tentang barang baru, menarik minat membeli dan mengguna
- Mengekalkan pasaran sedia ada, mengingatkan pengguna kepada jenama, mewujudkan pengguna setia
- Meningkatkan dan meluaskan pasaran membantu penyebaran maklumat kepada lebih ramai pengguna menggunakan media yang liputan siarannya luas
- Memujuk dan mempengaruhi pembeli menggunakan aktiviti dan teknik promosi yang menarik
- Memantapkan imej barang dan syarikat barang menjadi lebih popular dan mendapat perhatian kerana dikaitkan dengan imej pengguna
- Mengatasi pesaing, mengelakkan pengguna sedia ada dan baru mudah lupa dan beralih menggunakan barangan pesaing
3. Promosi dalam Pemasaran.
- Strategi Pemasaran
· Sasaran pasaran – kumpulan pengguna yang cuba dipengaruhi
· Campuran pemasaran – gabungan unsur penting pemasaran
Ø Produk – menghasilkan barang berorientasi pengguna
menepati cita rasa, keperluan dan kehendak
pengguna
Ø Harga - disesuaikan mengikut keadaan pelanggan,
persaingan, kos pengeluaran dan keuntungan
yang ingin diperolehi
Ø Promosi - ditumpukan kepada kumpulan sasaran
menyedarkan pengguna tentang kewujudan
barang menyampaikan maklumat, menarik
perhatian, meyakinkan dan mempengaruhi
pengguna
Ø Agihan - dihantar tepat pada masa ke tempat barang diperlukan.
4. Jenis Promosi.
- Pengiklanan
· Memperkenalkan barangan baru
· Mengingati sesuatu barangan
· Mengekalkan pasaran barangan
· Barangan lebih popular
· Imej yang lebih baik
· Mempengaruhi, memberitahu dan memujuk pengguna
· Mendapatkan maklumat sesuatu barangan
Ø Iklan berkesan mempunyai unsur pujukan menjadi gaya tarikan yang dirancang dalam sesuatu mesej iklan.
Ø 3 jenis gaya tarikan iklan
§ Pujukan Rasioal
- Mengaitkan sesuatu pembelian dengan kepentingan peribadi pembeli.
- Pembelian barang dikatakan lebih berfaedah, berkualiti, bernilai, kesihatan, penjimatan
§ Pujukan emosi
- Menimbulkan perasaan positif supaya orang ramai terdorong membeli.
- Mesej iklan ada unsur rasa kasih sayang, takut, malu, bangga, gembira, mengikis perasaan bimbang
§ Pujukan moral
- Sikap orang ramai tentang perkara yang benar dan lebih wajar dilakukan.
- Mesej iklan tentang kebersihan alam sekitar, perpaduan, persamaan hak, amalan tolong-menolong
Ø Jenis Iklan
§ Iklan penerangan
- memperkenal jenama baru dipasaran
- ada maklumat harga, kegunaan, cara guna, keistimewaan barangan
- elak keraguan pengguna
§ Iklan memujuk
- persaingan sesuatu barangan semakin hebat di pasaran
- bentuk keyakinan pengguna
- terang kelebihan jenama, bandingkan
dengan jenama lain
- menjadi iklan bertanding
§ Iklan mengingat
- pengguna sentiasa mengingat sesuatu
jenama
- disiarkan berulang-ulang
- barangan telah lama di pasaran
- Promosi Jualan
· cara galakan jualan bagi tempoh yang singkat
· bantu tarik pelanggan baru
· galakkan pengguna membeli
· barangan dikenali, kekal dan atasi pesaing
Ø Promosi Pengguna
- mendorong pengguna membeli
- pengguna ditawarkan sample percuma, kupon
hadiah, potongan harga, pertandingan
Ø Promosi pengedar
- pemberian insentif kepada pemborong dan peruncit supaya menambah pengedaran dan jualan
- pengedar ditawarkan diskaun, barang percuma, hadiah wang, pertandingan jualan
Ø Promosi jualan
- galakkan jurujual menjual secara lebih berkesan
- insentif diberi – bonus, komisen, peraduan
- tempoh promosi jangka masa pendek
- Jualan Terus
· kaedah promosi sesuatu barangan secara peribadi
· melalui jurujual
· caranya – system parti, pergi dari rumah ke rumah
· wakil syarikat menerangkan, memujuk, meyakinkan pengguna
· jurujual diberi komisen, diakaun
· jurujual dan pengguna berkomunikasi dua hala
· pengguna Dapat layanan peribadi
· jurujual Sesuaikan cara penyampaian maklumat, teknik memujuk
· jurujual tahu reaksi pengguna
- Publisiti
· Penyebaran maklumat menerusi media secara percuma
· Bayaran siaran ditanggung oleh syarikat media
· Pengeluar tidak tanggung kos penyiaran
· Tujuan beritahu barangan baru, keistimewaan
· Maklumat dikawal syarikat media
· Kelebihan - Jimatkan kos promosi, lebih diyakini, liputan lebih luas, jalin hubungan baik dengan orang ramai
· Kelemahan – berita terhad, maklumat tak jelas, kritikan media, masa siaran tidak sesuai, sukar dirancang
5. MEDIA PENGIKLANAN
JENIS MEDIA PENGIKLANAN
AKHBAR/MAJALAH
· Liputan lebih luas
· Kos murah berbanding yang lain
· Boleh sertakan gambar/peneranan
· Boleh dibuat secara warna warni
· Boleh dibaca berulang kali
· Boleh pilih ruang/mukasurat
HALAMAN KUNING
· Ruang iklan di buku panduan telefon
· Mudah untuk pelanggan
· Disusun ikut abjad
TELEVISYEN
Liputan luas
Ada gambar dan penerangan lengkap
Boleh diselitkan muzik
Lebih berkesan sebab audio visual
Boleh pilih masa siaran
Boleh menaja rancangan
POSTER/PAPAN TANDA/ SEPANDUK
· Kos murah
· Menarik perhatian pengguna
· Boleh pilih sasaran pasaran
RADIO
· Liputan luas
· Penerangan lengkap
· Boleh diselitkan muzik
· Boleh disiarkan bila-bila masa
· Boleh taja rancangan
INTERNET
· Liputan luas ke selruruh dunia
· Boleh masukkan kesan animasi/audio visual
· Boleh terus pesan barang on line
· Kos murah jika pandai bina laman web sendiri
LAMPU NEON
· Cantik dan menarik
· Jelas pada waktu malam
· Boleh jadi pandu arah kepada pengguna
· Boleh guna untuk tempoh lama
PAMERAN/EKSPO
· Sampai ke sasaran pengguna
· Pengguna boleh cuba barang dan Tanya
· Boleh kesan masalah pengguna
· Hubungan 2 hala dengan pelanggan
6. PEMILIHAN MEDIA PENGIKLANAN
Faktor Pemilihan Media Pengiklanan
· Jenis dan sifat barangan
* barangan teknikal - televisyen, pameran, internet
- perlu penerangan dan tunjuk ajar
* barangan baru - sampel percuma
* barang perhiasan - majallah wanita
* perkakas dapur - pameran, ekspo
- perlu tunjuk ajar jurujual
* perkhidmatan pelancongan – iklan akhbar/risalah
· Kos Pengiklanan
* ikut kemampuan peniaga
* peniaga kecil-kecilan - media murah
- papan tanda/risalah
* syarikat besar - media mahal
- televisyen/ akhbar/ majalah
· Tujuan Pengiklanan
* akhbar - matlamat sampaikan maklumat ke seluruh negara
- barangan baru
* sampel percuma dan borang maklum balas
- ingin tahu sambutan orang ramai
* televisyen/radio/internet
- untuk atasi pesaing
- menarik dan liputan luas
· Saiz Perniagaan
* syarikat besar
- media mahal
- televisyen/akhbar
* perniagaan kecil-kecilan
- media murah
- risalah/poster/sepanduk
· Sasaran Pengguna
* golongan pengguna yang diharapkan membeli
* sampai mesej kepada golongan yang betul
* peralatan sukan - majalah sukan
* barang kemas - majallah wanita
· Luas Pasaran
* barangan pasaran - risalah/papan
* setempat tanda/poster/sepanduk
* pasaran seluruh negara
- televisyen/akhbar negara
* pasaran antarabangsa
- televisyen setelit/internet
- majallah antarabangsa
· Dasar Kerajaan
* peraturan mesti dipatuhi
* penentuan saiz, kandungan, jenis iklan,
* arak dan rokok dilarang dalam iklan tv
* dapat kebenaran – Akta Kerajaan Tempatan
Kembali ke List Nota Perdagangan SPM | Siri Nota Perdagangan Tingkatan 5 | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 |
No comments:
Post a Comment