Thursday, 20 December 2012

Perdagangan Tingkatan 4 : Bab 6: Pemilikan Perniagaan




BAB 6 : PEMILIKAN PERNIAGAAN

CARA MEMULAKAN PERNIAGAAN

1. Memulakan sendiri
    -    menubuhkan sesuatu perniagaan baru atas usaha sendiri.
    -    usahawan perlu modal, pengetahuan, pengalaman, minat dan kebolehan.
    -    usahawan bebas menguruskan perniagaan mengikut gaya dan
kreativiti sendiri.

2. Mengambil alih
    -    membeli sesebuah perniagaan yang sedia wujud.
    -    perniagaan yang di ambil alih menguntungkan dan berpotensi maju.
    -    pengambilalihan perniagaan yang berprestasi baik disebut ‘muhibbah’ (goodwill) dan perlu membayar ‘wang muhibbah’.

3. Warisan
    -    mewarisi perniagaan daripada ahli keluarga. Contoh kedai kain
Globe Silk Store

4. Francais
    -    hak atau kebenaran untuk menjual barang syarikat lain yang sudah
terkenal dengan menggunakan jenama dan logonya.
    -    Syarikat yang diberi hak ialah francaisi.
    -    Syarikat yang memberi hak francais dikenali francaisor.
    -    Francaisi dibantu dan dibimbing oleh francaisor
    -    sebagai balasan francaisi dikehendaki membayar royalti dan
mematuhi syarat.
    -    Contoh Marrybrown, England Optical

5. Diundang
    -    usahawan dijemput menyertai sesebuah perniagaan sebagai rakan
kongsi atau pemegang saham
-    dijemput kerana kepakaran, pengalaman, modal atau keistimewaan yang diperlukan untuk mengendalikan perniagaan.

FAKTOR DIPERTIMBANGKAN MEMULAKAN PERNIAGAAN

1.       Mempunyai minat, pengetahuan dan pengalaman.
2.       Memastikan modal mencukupi
3.       Memastikan jenis perniagaan diceburi sesuai dengan kelayakan dan
berpotensi maju.
4.       Mematuhi syarat dan peraturan perundangan dan akta perniagaan
seperti Akta Jualan Barang 1957 dan Akta Kawalan Harga 1973.
5.       Lokasi sesuai dan strategik serta mengambil kira kos sewa,
kadar upah, persaingan ,peraturan kerajaan tempatan dan
kuasa beli penduduk.
6.       Memastikan sumber bekalan mencukupi dan mudah diperolehi.
7.       Mengenalpasti bilangan dan kekuatan pesaing serta merancang
strategi menghadapinya.


PENGENDALIAN PERNIAGAAN

1. Pengurusan stok
    -    stok ialah barang yang disimpan untuk dijual pada suatu masa
akan datang
    -    pengurusan stok melibatkan aspek:
          a.       Mendapatkan bekalan stok
          b.       Memeriksa stok
          c.       Merekod stok
          d.       Menyimpan dan mengawal stok
          e.       Memperaga stok

2. Pengurusan kewangan
    -    melibatkan:
          a.       Penyimpanan rekod perakaunan dengan sempurna
                   - Akaun Perdagangan, Akaun Untung Rugi dan Kunci Kira-Kira
          b.       Penganalisaan prestasi berdasarkan rekod simpanan
                   - dinilai daripada jumlah untung kasar dan untung bersih
  serta mencari pulangan modal.
c.       Pengambilalihan tindakan susulan untuk atasi kelemahan dan    meningkatkan prestasi perniagaan.
- kurangkan perbelanjaan, syarat kredit yang lebih ketat,   tingkatkan promosi.

3. Pengurusan sumber manusia
          a.       Meningkatkan kecekapan pekerja melalui pengkhususan dan
latihan kemahiran
          b.       Menjaga kebajikan pekerja seperti menyediakan tempat
penginapan, gaji, bonus, perubatan percuma serta kemudahan  riadah dan ibadat.
          c.       Mewujudkan  hubungan yang baik, mesra dan harmonis antara
pekerja dan majikan.
          d.       Mematuhi undang-undang berkaitan hak pekerja  seperti
Akta Pekerja 1955. Akta Keselamatan Sosial 1969 dan
Ordinan KWSP 1955.

4.       Pengurusan masa
          -        usahawan perlu menyusun dan merancang aktiviti menurut
          keutamaan dan penggunaan masa secara produktif.

5.       Pengurusan pelanggan
          - melibatkan 3 aspek:
          a.       Memahami sifat pelanggan
          b.       Mengenalpasti jenis pelanggan
          c.       Mengetahui cara melayan pelanggan.

6.       Pengurusan risiko
          - ada tiga jenis risiko
          a.       Risiko boleh diinsuranskan iaitu kejadian dapat
diramalkan seperti kebakaran
          b.       Risiko tidak boleh diinsuranskan iaitu tidak dapat diramalkan
secara statistik dan kadar premium tidak dapat ditentukan
seperti peperangan
C.       Risiko yang tidak boleh diinsuranskan tetapi boleh dikawal seperti
     kerugian yang  berpunca spekulasi pelaburan.
                               
7.       Pengurusan maklumat
-        maklumat perniagaan perlu disimmpan, dianalisis dan dikawal demi    menjamin keberkesanan pengurusan.
          -        pengurusan teknologi maklumat (komputer) dapat membantu
pengurusan maklumat dengan cekap.

JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN

1.       MILIKAN TUNGGAL

-        perniagaan dimiliki seorang sahaja dan didaftar atas namanya
-        dasar dan keputusan perniagaan ditentukan oleh pemilik
-        pemilik menanggung liabiliti tidak terhad
-        keuntungan tertakluk kepada cukai pendapatan individu.

Cara Menubuhkan Milikan Tunggal
- Mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1965

a.    Permohonan carian nama – Borang PNA 42
b.    Permohonan mendaftar nama perniagaan – Borang A
c.    Pengeluaran sijil perakuan pendaftaran dan mempamerkan - Borang D



2.       PERKONGSIAN

-        perniagaan dimiliki oleh dua orang dan tidak melebihi 20 orang
-        pendaftaran dibuat atas nama rakan kongsi dibawah
          Akta Perkongsian 1961
-        ada tiga jenis rakan kongsi
          a.       Rakan kongsi aktif – menyumbang modal dan terlibat aktif
dalam perniagaan
b.         Rakan kongsi lelap – menyumbang modal tetapi tidak
terlibat dalam perniagaan.
c.         Rakan kongsi nominal – tidak menyumbang modal
tetapi membenarkan nama disenaraikan sebagai
salah seorang pemilik.

-        semua rakan kongsi menanggung liabiliti tidak terhad
-        agihan untung rugi dikongsi bersama mengikut nisbah yang
          telah ditetapkan.
-        keuntungan perkongsian tertakluk  kepada cukai
          pendapatan perseorangan.

Cara Menubuhkan Perkongsian
-        sama seperti penubuhan Milikan Tunggal kecuali mengisi
          Borang A - Halaman 3
a.       Permohonan carian nama – Borang PNA 42
b.       Permohonan mendaftarkan perniagaan – Borang A
c.       Pengeluaran sijil perakuan pendaftaran dan dipamerkan

SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD

-        mempunyai antara 2 – 50 pemegang saham
-        perkataan “sendirian” bermaksud pemilik syarikat terdiri daripada
          ahli keluarga dan sahabat handai.
-        semua pemilik menanggung liabiliti terhad
-        saham tidak dijual kepada orang ramai dan pindah milik saham
          dibuat dengan persetujuan ahli
-        syarikat ditadbir oleh lembaga pengarah yang juga merupakan
pemegang saham syarikat itu.
-        keuntungan syarikat diagihkan kepada pemegang syer dalam
          bentuk dividen dan sebahagian disimpan sebagai rezab.





          Cara Menubuhkan Syarikat Sendirian Berhad
          -        ditubuhkan mengikut Akta Syarikat 1965
a.       Permohonan untuk carian nama – Borang 13A
b.       Permohonan untuk mendaftar syarikat  dengan mengemukakan:
i.        Tatawujud syarikat – dokumen mengenai fakta
penubuhan  syarikat
ii.       Tataurus syarikat – mengenai peraturan dan prosedur
                        pengurusan dalam syarikat.
                             iii.      Borang 6 (Perakuan Pematuhan)
iv.      Borang 48 A (Akuan berkanun perlantikan pengarah/penaja)
v.       Borang 48 F (Pengakuan sebelum perlantikan
         sebagai setiausaha)
c.       Serahan dokumen
d.       Pengeluaran dan mempamerkan sijil perakuan  pemerbadanan syarikat - Borang D

SYARIKAT AWAM BERHAD

-        perkataan awam bermaksud supaya boleh dijual kepada orang
          ramai dengan menerbitkan ‘prospektus’.
-        saham boleh dijual kepada orang ramai dan boleh dipindah milik
          melalui bursa saham.
-        pemegang saham dua orang dan tiada bilangan maksimum.
-        pemegang saham menanggung  liabiliti terhad
-        disenaraikan di bursa saham
          -        Pentadbiran syarikat diserah kepada Lembaga Pengarah
yang dilantik .
          -        Pemegang syer  yang memiliki lebih 51% akan menguasai
                    Lembaga Pengarah dan kawalan syarikat
          -        ahli Lembaga Pengarah tidak semestinya pemegang saham
          -        Kedudukan kewangan mesti diumumkan kepada orang ramai
          setiap tahun.
          -        cukai syarikat awam berhad lebih tinggi iaitu 28%.

          Cara Menubuhkan Syarikat Awam Berhad
          -        sama seperti syarikat sendirian berhad tetapi:
                   a.       Tatawujud syarikat memperihal pembatalan Seksyen 15,
                   Akta Syarikat 1965
                   b.       Menggunakan Borang 8 bukan Borang 9
                   c.       Mendapatkan kelulusan Suruhanjaya Sekuriti
berkaitan prospektus dan penyenaraian syer di bursa saham.
                   d.       Pengedaran borang permohonan syer dan prospektus
                   e.       Peruntukan syer akan dibuat melalui cabutan jika syer
dipohon melebihi jumlah yang ditawarkan

     f         Pengeluaran sijil perakuan perniagaan oleh Pendaftar
              Syarikat.

KOPERASI

-        Prinsip koperasi:
          a.       keanggotaan secara sukarela dan terbuka
          b.       kawalan secara demokratik oleh anggota
          c.       kebebasan dan autonomi
          d.       penglibatan dalam pendidikan latihan dan sebaran
maklumat koperasi
          e.       perhatian terhadap kebajikan masyarakat dan sosial.

-        berasaskan prinsip tolong-menolong dan mementingkan
          kebajikan anggotanya
-        jenis koperasi seperti koperasi kredit, koperasi bank,
koperasi  pengguna
-        contoh Syarikat Koperasi Guru-Guru Malaysia
-        pemilik ialah pemegang syer dan bilangan minimum pemegang
          syer ialah 100 dan tiada had maksimum.
-        setiap anggota tidak boleh memiliki syer melebihi 28%.
-        koperasi ditubuhkan mengikut Akta Koperasi Malaysia 1993
-        liabiliti terhad
-        koperasi dikawal oleh Lembaga Pengarah yang dipilih semasa
          mesyuarat agung.
-        Agihan lebihan (keuntungan), 12 % disimpan sebagai
          Simpanan Kumpulan Wang Rezab dan baki
          diagih dalam bentuk dividen.
-        Rebat dibayar berasaskan jumlah belian.
-        Koperasi dikecualikan cukai

Cara menubuhkan koperasi:
a.    Permohonan menubuhkan koperasi melalui Jabatan Pembangunan Koperasi
b.    Menubuhkan jawatankuasa penaja
c.    Mengadakan mesyuarat agung
d.    Memohon mendaftar koperasi kepada Pendaftar Negeri.
e.    Pengeluaran sijil perakuan pendaftaran.



PERBADANAN AWAM

-        ditubuhkan oleh kerajaan melalui Akta Parlimen untuk
          menyediakan perkhidmatan dan kemudahan asas seperti
perubatan, pendidikan dan pembinaan infrastruktur.
-        ditadbir sepenuhnya oleh kerajaan di bawah tanggungjawab
menteri yang membentuk satu lembaga untuk pengurusan.
-        Contoh perbadanan awam ialah KWSP dan JKR.


PENSWASTAAN

-        merupakan satu proses pemindahan kuasa kawalan,
          kepentingan dan pelaburan kerajaan yang tertentu kepada
sektor swasta.
-        sektor swasta dijadikan sebagai rakan kongsi sektor awam dalam pembangunan negara dalam pembangunan dan pertumbuhan
ekonomi negara.
-        Contoh: Syarikat Telekom Malaysia Berhad dan
Tenaga Nasional Berhad.

Tujuan :
a.    Mengurangkan beban kewangan kerajaan
b.    Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
c.    Meningkatkan kecekapan dan produktiviti
d.    Menggalakkan agihan dan penggunaan sumber lebih cekap
e.    Memberi manfaat kepada kakitangan dan rakyat

No comments:

Post a Comment

ShareThis